السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Majlis ini diadakan di The Regency Hotel, Jalan Raja Alang, Kampung Baharu, Kuala Lumpur
Semua ALK, JAD, Kakitangan koperasi beserta pasangan masing-masing
turut hadir beberapa orang mantan ALK
Doa untuk Tn Hj Mohd Saleh
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن،
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada pegawai yang kami raikan, Tn Hj Mohd saleh bin Jaafar. Moga baginya semasa bersara ini, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya Fatihal Barakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada beliau dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai ALK. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai ALK, yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan KOJUPEM. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadikan pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan berkoperasi.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya Qadhi al Hajat
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،
Wassalam
Assalamualaikum Rozali...
ReplyDeleteAmin,amin,amin...
Selamat bersara kpd Tn Hj Mohd Saleh
Salam Tn Hj..
ReplyDeleteAmin.. dan Selamat Bersara..
Tentu hiba..
Selamat bersara kepada Tn Hj Mohd Saleh - akan tiba giliran kita nanti
ReplyDeleteSalam atuk
ReplyDeleteBersara itu lumrah kat opis kan.. tentu sayu.. nak nak pula kalau dah lama bekerja bersama-sama
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat bersara kpd Tn Hj Mohd Saleh dan selamat maju jaya.
assalamualaikum atok..
ReplyDeleteselamat bersara kepada beliau..semoga jasa baktinya terus akan dikekalkan
selamat bersara Tn Haji Mohd Salleh .. semoga sihat2 sentiasa ..
ReplyDeletesalam tuan hj,
ReplyDeleteamin...mudahan persaraaan bukanlah penamat ...semuga THMS sihat dalam persaraan..
salam cik rozali..
ReplyDeleteamin ...alhamdulillah selesai sudah misinya ..berkhidmat..moga melangkah hebat pula dalam misi hidup bersara dan seterusnya