Wednesday, July 6, 2011

Pasar Satok dan Terubuk Masin-Kuching 6

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Terubuk masin memang amat sinonim dengan Pasar Satok,Kuching. Setiap kali ke Sarawak pasti ada yang mengirim ikan terubuk masin selain kek lapis dan gambir Sarawak. Malahan kehadiran pengunjung di pasar ini saya lihat kebanyakannya pelancong dari semenanjung tanahair. Perkhidmatan pembungkusan disediakan bagi para pelanggan bukan sahaja ke hotel malah ada juga khidmat penghantaran ke airport.

Banyak deretan gerai menjual ikan terubok masin di sini. Penjualnya pula hampir keseluruhannya lelaki, berlainan sekali dengan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu di mana gerai jualan lebih dikuasai oleh golongan wanita. Melihat cara bungkusan ikan terubok dibuat, pasti sekali pembelinya datang dari jauh.

pasar satok sungguh meriah ada berbagai bahan rempah cabai hijau atau cabai merah daging ayam dan ikan basah.

terubok masin paling digemari dekat dan jauh orang membeli dibungkus dengan bagus sekali buat hadiah atau makan sendiri.

tapi terubok banyak tulangnya antara kita ada yang tak suka biar pun sedap membuka selera hendak makan punyalah seksa.









anak beria nak rasa KFC Kuching

sempat juga merayap di sebuah pasaraya berhampiran Pasar Satok


Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah saw. melarang orang kota menjualkan barang (dagangan) orang desa; dan janganlah kamu membohongkan harga barang; dan janganlah seseorang menjual menyaingi harga jual saudaranya; janganlah menawar sesuatu yang sedang dalam penawaran saudaranya; dan jangan seorang wanita minta supaya diceraikan saudaranya (madunya) untuk menunggangkan isi bejananya."





Wassalam

28 comments:

  1. Salam Ummiross

    he he...
    sedap lagi ayam panggang yang ummi belanja tu hariii

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. besar gak ek pasar dia.. panjang umor, boleh la singgah :D

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Ikan terubuk memang sedap kan..tapi tulang punya lah byk. aduhai..tu yang kadang2 tak jadi nak makan..

    ReplyDelete
  4. Salam Saiazuan

    Insyaallah
    dekat ajer tu...
    boleh sampai

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Normaliza

    he he
    yg tulang banyak tu membuat dia jadi sedap...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. wah bro .. banyak tuu pilihan ikan masin .. sedap tuuu kalau saya rambang mata .. family saya suke terubuk masin .. huhuh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Terubuk bako, cicah ayo asam, fullamak...nyilat siku. Terubuk masain ni macam ikan masin yang lelain tu....tak sego dah....tapi masih ramai peminatnya.

    ReplyDelete
  8. Salam Ieda

    keluarga saya pun minat juga

    beli untuk stok Ramadhan...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    nyilat jari ajer
    ukut sunnah...he he

    penambah selera makan..
    bertambah nasi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Masih teringat suasana di pasar tu... cepat dan cekapnya mereka bungkus terubuk masin. Sedapnya... walau banyak tulang.
    Bayangkan bangun sahur nanti, bila terbau terubuk masin yang digoreng bersama bawang dan 'cabai'...mmmm

    ReplyDelete
  11. Walaikumusalam CikguNae

    nikmatnya bulan Ramadhan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam cik rozali..

    Semalam baru terima 1 ekor terubuk masin Sarawak hadiah seorang sahabat...heheh...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum atuk..

    info utk berjalan ke sana kalau ada rezki nanti.. :)

    ReplyDelete
  14. salam atuk

    jangan lupa kirim sekor terubuk tu kat alamat email bapak hehehe

    ReplyDelete
  15. Salam

    Saya dulu bawak balik terubuk berkotak2

    ReplyDelete
  16. Walaikumusalam Shami

    woooo...sedapnya
    habis satu taman bau ikan masin tuuu
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Walaikumusalam Norh

    kalau ke Kuching...kena 4 - 5 malam
    baru puas

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Walaikumusalam Pak Itam

    nak yg mentah ke atau yang dah digoring.... he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Walaikumusalam Imanshah

    habis ler berbau 1 kapalterbang

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. waalaikumsalam abg : wah.. banyak info pasal sarawak ni. thn depan sy nak pi, senang la nak wat perancangan ni.. atuk dok kat hotel maner? bg info sket....

    ReplyDelete
  21. Salam Afeezz

    hotel ni murah sikit, Harbaur View Hotel, lebih kurang 50 miter ke Waterfront, 20 miter ke deretan kedai jual souvenir, 100 m ke India Street.

    berhampiran hotel ni ada hotel2 kecil yg lebih murah lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. salam

    seronok tgk atuk mcm2 negeri dia dah pegi...dpt rgk gambar pun dah syukur.

    ReplyDelete
  23. kalau ke Kuching - tak singgah ke pasar Satok - rugi lah ! sape rugi ni ? peniaga ikan terubuk jugak untung...kalau beli agak banyak sy order aje - memang fresh dan murah dari kenalan di sana

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Mama Ju

    Alhamdulillah
    kebetulan aje mama

    mama pun apa kurang nya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Salam Cikgu Sonata

    peniaga mana ada rugi kann

    saya pergi tu waktu hari bekerja
    tapi ramai juga orang membeli ikan masin tu....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum abe : thanks for the info....

    ReplyDelete
  27. ada perbezaan ke antara KFC Kuching ngan kat sini?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...