Monday, July 18, 2011

Tahlil, Kesyukuran, Doa selamat dan Sambut Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, hari sabtu yang lepas telah selamat mengadakan Majlis Tahlil, Kesyukuran, Doa Selamat dan Sambutan Ramadhan, kira-kira 4 dalam 1.
Selepas Zhuhor, jemaah surau dan muslimin taman kami memulakan majlis.
Diikuti kaum muslimat dan keluarga taman kami

Dijemput juga geng PDKM
mereka memeriahkan lagi majlis kami
Biasanya sebelum Magrib, giliran adik adik dan keluarga mula sampai
Membincangkan tarikh dan agenda perkahwinan adik bungsu kami
yang bertunang pada 4 Jun tempuh hari
Bermacam aktiviti bila berkumpul nii

Anak saudara yang paling bungsu pada masa ini
Anak anak saudara bermacam aktiviti juga
yang lelaki, cara lelaki. yang perempuan, cara perempuan.
Riuh rendah, usah dikira lerrr, sampai ke tengah malam.



Dalil sunat membuat kenduri tahlil arwah:

عَنْ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَيْضًا اَنَّ نَاسًا مِنْ اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا لِِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُُُُُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ذَهَبَ اَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلاُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ .

قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Ertinya:

Diriwayatkan daripada Abi Zar r.a, telah bertanya oleh beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w, “wahai Rasulullah telah pergilah orang-orang hartawan dengan pahala yang banyak maka sembahyang mereka itu sepertimana kami sembahyang dan puasa mereka itu sepertimana kami puasa dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaan mereka”. Telah menjawab oleh Nabi s.a.w, “adakah kamu bersusah hati?. Bukankah telah dijadikan oleh Allah bagimu sesuatu yang boleh kamu bersedekah dengannya. Sesungguhnya bagi tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, melarang kemungkaran itu sedekah dan pada berjimak kamu itu juga sedekah”. Berkata para sahabat, “adakah bagi seseorang kami pahala dengan menunaikan shahwat?”. Jawab Rasulullah s.a.w “bagaimanakah perkiraan kamu jika kamu tunaikan shahwat itu kepada yang haram?, adakah kamu berdosa?. Maka seperti demikian pulalah apabila kamu menunaikan shahwat pada yang halal nescaya bagimu itu pahala”.

Hadis riwayat Muslim.

rujukan: http://madrasahaliyah.blogspot.com/2008/04/tahlil-arwah.html


Wassalam

11 comments:

  1. Salam..
    ermmm suya suka sangat kalau ada majlis keramaian cam ni.. nak nak dgn family.. rasa erat sangat silaturrahim~

    ReplyDelete
  2. seronoknya dpt kumpul ramai2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. seronoknya berkumpul ramai-ramai dengan ahli keuarga. Terasa kemeriahnnya

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Suya

    memang seronok
    tambah2 tenguk gelagat anak2 saudara

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Adzrien

    riuh rendah kalau dah jumpa macam ni
    ni baru 7 keluarga, ada 4 keluarga lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Tn Hj AZ

    nak becerita, kadang2 takberupa boleh, ooooooo anak saudara riuh rendah...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam

    tak sedar ye, masa cepat berlalu..tak sabar menanti Ramadhan

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Imansah

    Insyaallah, kita diketemukan dgn Ramadhan tahun ini

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum akhi Rozali...

    terimakasih kerana sudi menjemput kami...

    mudah2an kita semua dipanjang usia lg dan sempat bertemu sekali lagi dgn Ramadhan kareem, tahun ini...

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Ummi

    terima kasih kembali, sudi hadir

    amin amin amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Rozali;

    Bila berkumpul ramai2 ni, kanak2 paling suka, ada gang nak main2, lambat tidur pun takpe...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...