السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Sebagaimana yang telah dirancang, pada 4 Jun 2011 (Sabtu), keluarga saya bertolak daripada rumah pukul 5.00 pagi, singgah solat Subuh di hentian Tapah, dan sarapan pagi di hentian Sungai Perak.
Emak dan adik serta keluarga masing masing bertolak daripada kampung. Alhamdulillah, pukul 11.00 pagi, kami berkumpul di Masjid Pekan Baling, Kedah.
Saya tertarik dengan menara jam Masjid Pekan Baling ini, umurnya lebih tua daripada saya semasa batu asas diletakkan
Pukul 12.00 tengah hari, rombongan kami sampai di Bogor, Baling
Kami disambut dengan mesra
Insan harapan kami, dikelilingi cucu cucunya
Tugas anak sulung, menyampaikan hajat kedatanggan
Kedua dua pihak bertemu, memutuskan kata sepakat
Duduk ditengah,adik bungsu tersenyum riang, kerana langkah pertama berjalan lancar
Anak anak saudara mengerumuni bakal Mak Su mereka, Insyaallah
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, kerana mempermudahkan perancangan yang dirancang serta selamat semuanya.
Meminang juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais yang bermaksud:
Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah SAW menceritakan bahawa Mu’awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya, baginda bersabda yang bermaksud: Mua’awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa mengantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid.
(al-Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW tidak melarang, malahan Nabi SAW membantu Fatimah binti Qais untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang.
Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.
salam atuk,
ReplyDeleteBaling dah dekat dengan Sik.
Bongor lagi dekat dengan Sik.
Moga mereka dapat mendirikan rumahtangga yang berjaya dunia/akhirat
a ha la atok, awat tak ke teratak ayahanda
ReplyDeleteCongratss......
ReplyDeleteTikus gergasi
Assalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak lama lagi makan nasi minyak pulaklah ye...
Waalaikumusalam Ayahanda
ReplyDeleteSubhanallah
minta maaf banyak2
keinginan utk jumpa ayahanda memang ada.....
tapi ..Allah yg menentukan
Insyaallah
saya berdoa, agar kita diketemukan
terima kasih atas doa2 tu
Wassalam
Salam Tn Hj AZ
ReplyDeleteitu la AZ, garu kepala niiii
he he
Insyaallah
bulan 11 nanti nak rancang betul2
terima kasih
Wassalam
Salam Miecyber
ReplyDeleteterima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletekalau kebetulan ummiros balik kampung, boleh ler hadir sekali
terima kasih
Wassalam
Salam Tuan Haji..
ReplyDeleteTahniah buat adik..
Semoga dipermudahkan urusan sehingga dan selepas berumahtangga nanti..
amboi senyum sampai ke telinga...maklumlah nak dapat dah...heeee
ReplyDeletesalam tuan hj,
ReplyDeletealhamdulillah paksu dah selamat bertunang..bakal jadi orang kedah-baling laa nooo..bguis2..
jgn lupa jemputnoo..kot2 sampai sana ...adik ain pun kwin degn org bongor..mana au kot jadi sedara sepapat.hihii
x singgah ziarah makam syuhada ke??
nostagia yg penuh syhdu...pepun tahniah la buat abg long yang juga jurucakap yang berjaya mngemudikan majlis meminang..:) Alhamdulillah