Sunday, June 19, 2011

Kampung Budaya Sarawak-Kucing 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kampung Budaya Sarawak menjadi destinasi mesti dikunjungi untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang ini.

Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.


Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.

Berlatarbelakangkan pemandangan indah Gunung Santubong, siapa sangka taman yang sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Apa yang menanti pengunjung di taman seluas 4.25 hektar ini adalah kediaman tradisional tujuh suku kaum utama iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Setiap satunya memaparkan keunikan cara hidup dan budaya suku kaum utama Sarawak.

Di depan pintu utama



Rumah Bidayuh misalnya kelihatan seakan pondok besar berbentuk bulat. Kaum yang asalnya menetap di tebing Sungai Sadong dan Sungai Sarawak ini gemar membuat rumah di lereng bukit sehingga kelihatan seperti tangga gergasi.



Kaum Iban atau nama lainnya Dayak Laut membina rumah panjang yang boleh bertahan lama. Mereka hanya berpindah apabila kawasan itu tidak selamat untuk didiami atau kurang subur.

Rumah orang Iban dibina menggunakan balak dengan daun sebagai atap. Mempunyai beranda yang panjang di bawah satu bumbung.



Sejajar dengan kehidupan mereka yang suka berpindah-randah, pondok kecil dibina oleh Kaum Penan untuk bertahan beberapa minggu atau bulan yang lazimnya didirikan berhampiran pokok sagu liar.

Mereka terkenal dengan seni penghasilan sumpit yang digunakan sebagai senjata perburuan atau digunakan ketika berperang.



Rumah Orang Ulu suka membina penempatan berselerak di tanah tinggi dan di tebing sungai utama. Kaum ini biasanya membina rumah panjang yang tahan lama dan menjadikan pertanian sebagai sumber makanan.

Mereka terkenal dengan alat muzik serta kehalusan seni pertukangan pedang yang dicemburui musuh mereka.



Rumah Melanau antara kediaman peribumi Sarawak paling unik kerana mempunyai 2 atau 3 tingkat serta dibina 30-40 kaki dari tanah. Ini bertujuan untuk mengelak daripada serangan musuh dan mengelak banjir.

Makanan utama mereka adalah berasaskan sagu berbanding nasi.



Seperti rumah Melayu di Semenanjung, reka bentuknya tidak jauh berbeza, diperbuat daripada kayu. Rumah ini mempunyai tiang yang sederhana tinggi. Tetamu yang datang dari depan rumah akan menaiki tangga, Tetamu biasanya memberi salam di ruang beranda. Ruang ini agak kecil dan menjadi tempat untuk tetamu tadi menunggu sebelum tuan rumah menjemput mereka masuk.

Siling dalam rumah dibuat daripada papan, kerana untuk diletak perkakas atau peralatan yang sesekali digunakan, seperti periuk belanga, pinggan mangkuk dan lain lain. Tempat ini dipanggil lotin.

Ruang tamu dalam rumah direka untuk acara-acara rasmi dan tempat untuk meraikan para tetamu dan biasanya mengambil ruang yang paling luas. Tingkap yang terbuka sehingga mencecah lantai membenarkan peredaran udara di bahagian dalam rumah.



Berbanding rumah-rumah kaum pribumi Sarawak, rumah Cina dibina di atas tanah. Dindingnya diperbuat daripada kayu yang digergaji dan berwarna putih.

Rumah ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bilik keluarga serta ruang rihat dan bahagian belakang, tempat makan, dapur, yang juga menjadi tempat menyimpan benda-benda berharga seperti basikal dan mesin-mesin tanaman.




Panggung Budaya

Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.

Persembahan-persembahan yang harus anda saksikan diadakan dua kali sehari yaitu pada pukul 11:00 pagi dan pukul 4:00 petang.











Firman Allah swt

"Wahai manusia sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa diantara kamu."

Al Hujurat : ayat 13

Wassalam

23 comments:

  1. tak naik pentas nari joget ke??

    ReplyDelete
  2. dapat juga masuk ke rumah panjang

    mesti seronok tu.

    ReplyDelete
  3. Salam Imanshah

    ate...tak dipelawae
    idak ler teman naik...he he

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  4. Salam Sayangibu

    memang seronok

    kakitanganya semuanya peramah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam

    seronok ye di kampung budaya....dulu pernah ke Kuching tapi sampai ke Kampung Budaya

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Kak Aya

    kena pergi sekali lagi ke Kuching tu akak...rugi kalau tak ke Kampung Budaya tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. wow sudah RM60 tiket masuk? sudah naik harga - mahal nya....3/4 tahun lepas RM45 sj - sy sudah masuk 3x seronok giler tengok budaya mereka !

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu Sonata

    kira parah juga, bila 4 beranak..he he...
    yg seronoknya kakitangan disitu peramah dan mesra

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam
    rumah panjang tu diperbuat drpd kayu...nampak sejuk dan nyaman ja..

    ReplyDelete
  10. wah ke kuching pulak ke bro .. jalan sajeee :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Rozali

    Seronok kan dapat tengok kepelbagaian budaya kaum2 di Sarawak, sangat unik.

    Tak belajar menyumpit ke?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah.
    Dah sampai kampung Budaya, seperti dah menjelajah seluruh Sarawak.
    Semoga membawa kenangan indah dari Sarawak.

    TQ

    ReplyDelete
  13. Catatan perjalanan yang indah dan berinfomasi....

    ReplyDelete
  14. hmmm nak kena pegi ni ... dah banyak kali gi sarawak .. tapi tak pernah dapat leisure sepenuhnya lagi ...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tuan Haji, dah jadi barang show ya orang pribumi kita ni. Patutnya kat Malaysia barat pun ada...tapi yg ada ni macam melepaskan batuk di tangga.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Kamsiah

    betul..buat drp kayu balak , dah semistinya nyaman dan sejuk

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam Ieda

    Alhamdulillah

    ada sedikit rezeki dan dilapangkan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Ummiross

    tak sempat
    sebab nak kejar show..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Cikgu Lai

    Alhamdulillah
    macam menjelajah seluruh serawak

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Salam ckLah

    copy2 ajer
    utk kongsi bersama

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Salam Jijah

    rugi..rugi
    kena pergi jugak tuuu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Young

    mereka tak buat bersungguh2
    janji ada ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Salam cik rozali..

    Jauh berjalan luas pengalaman..minda cergas ilham mencurah heheheh

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...