Thursday, June 23, 2011

Jabal Magnet-Umrah 2011-14

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Jemaah seramai 45 orang

Pandangan dikiri kanan hampir dengan Jabal Magnet

Demo sebuah bas yang dimatikan enjin, jalan yang cerun sedikt menghala ke kaki bukit, bergerak ke belakang, kerana tolakan magnet daripada Jabal Magnet

Keistimewaan di Makkah dan Madinah, aiskrim ada dimana mana

Modelling aiskrim

Dibelakang sebelah kiri, terdapat sebuah telaga

Terdapat lakaran Allah pada bukit, di belakang jemaah

Masih ada tubuhan yang menghijau

Tumbuhan ini dimakan oleh unta



Permulaan demo penolakan magnet daripada kaki bukit menuju ke Kota Madinah
perhatikan meter bas

60 km/j, pedal minyak tidak ditekan

atas permintaan jemaah, pemandu bas berdiri

80 km/j

100 km/j

120 km/j

sudah melepasi 120 km/j



Lebih kurang 5 km daripada kaki bukit, penolakan magnet telah berkurangan


Di utara Madinah, terletak di belakang Jabal Uhud (perbukitan Syurga) yang terkenal kerana sejarah peperangan zaman Rasulullah SAW. Satu lagi jabal yang popular untuk dilawati kepada jemaah Malaysia dan Indonesia. Jabal dimaksudkan ádalah Jabal Magnet. Sekitar 30 kilometer dan dan dalam masa 30 minit dari pusat Bandar Madinah, luar daripada wilayah haram.

Pada hari Khamis dan Jumaat, kawasan persekitaran yang lapang dan cantik pandangan ini akan dikunjungi oleh ramai penduduk setempat bersama keluarga. Mereka jadikan tempat ini tempat perkelahan, perkhemahan dan bertemasya.

Apa yang menariknya adalah dipercayaai banjaran bukit bukau di kawasan ini mempunyai Medan magnet yang kuat. Fenomena ini dapat dirasakan sepanjang kira kira 5 kilometer dari kaki bukit.

Jabal magnet ini merupakan pusat magnet terbesar di dunia, hal ini dibuktikan dari daya magnet terhadap kenderaan , kenderaan boleh bergerak laju walaupun pedal minyak kenderaan tidak ditekan. Menghairankan, kenderaan boleh meluncur laju dengan kecepatan sehingga mencapai 120 km/jam, ketika kenderaan meninggalkan Jabal Magnet. Sebaliknya, kenderaan yang menuju ke Jabal Magnet akan terasa berat, kerana terjadi arus tolakan.

Mutawif kami menceritakan, tiada firman Allah atau hadis hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai Jabal Magnet ini.

Semasa berada dikawasan ini, telefon bimbit perlu dimatikan, kerana ia gagal berfungsi seperti biasa dan kemungkinan anda akan kehilangan data data yang terkandung di dalamnya. Selain itu, bacaan kompas akan bercelaru.

Biar apapun, ini adalah tanda tanda kebesaran Allah SWT untuk umatnya berfikir, serta merasai kehebatanNya yang tiada tandingannya. Fenomena ini diharap suatu hari nanti saintis akan menemui jawapan tentang keistimewaan dan kebaikan kepada manusia setelah mengkaji dan meneliti keajaiban magnet dan graviti


Wassalam

27 comments:

  1. Salam..

    wah..kalau camtu boleh jimat minyak nih..hehe.

    ReplyDelete
  2. salam phd,

    Perasan tak di kaki bukit magnet tu ada sebuah tasik luas digenangi air di tengah2 padang pasir.......nanti suatu hari ia akan jadi tempat berkelah.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Maha Suci Allah... ianya merupakan bukti kekuasaaan Allah...bagaimana bas boleh berjalan di situ..

    Kenangan yang tak dapat dilupa juga oleh kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam abe : wow... menarik jabal magnet...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Rozali;

    Nak jadi model aiskrim jugak...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum atuk..

    ALLAHUAKBAR...ALLAH MAHA BESAR....

    salah satu keajaiban yang Allah beri untuk kita renungkan

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Normaliza

    he he
    5 km ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ayahamda

    semasa kami tu hari
    airnya amat cetek

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Nat

    begitulah kekuasan Allah
    bertapa kerdilnya ilmu kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam Afeezz

    Afeezz kena berniat drp sekarang utk kesana
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Ummiross

    disitu tak malu makan ais krim
    kerana anak2 tak ada tenguk..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Sahrom

    mukin ada kebaikan kemanusia, cuma kita yg belum jumpa lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. pat layie kaum2 ibu melayan aiskrim ..
    waaa bro terkasima sekejap saya nie .. ermmmm kuasa allah kan .. bayangkan kenderaan bergerak tanpa menekan pedal .. sungguh menakjubkan bila di bumi allah nie :)

    ReplyDelete
  14. Salam tuan haji..
    Sungguh bertuah tuan haji mengalaminya sendiri.
    Semoga pembaca lain dapat menafaatnya bersama walau blm sampai ke sana . Marilah kita rakan pembaca lain berdoa agar diberi peluang seindah ini nnt..

    ReplyDelete
  15. salam atuk ,

    Allahuakhbar! ia salah satu keajaiban yang Allah beri untuk renungkan kita bersama.

    ReplyDelete
  16. Saya makan ais krim hari hari semasa berada di Mekah..Sedap wehh...

    Pemerdagangan Orang

    ReplyDelete
  17. Salam alaik...
    di sinilah, Allah tunjukkan sesuatu kepada suami saya...lalu sejak itu, dia langsung tidak menyentuh rokok. Dah 15 tahun...Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. salam THR,

    Subhanallah..
    hanya ALLAh yag tau rahsia penciptaan ini..
    segalanya DIA punya!!!
    bas pun jadi tak power lagi...

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Ieda

    disana memang ramai jemaah, terutama jemaah malaysia suka makan ais krim..tak tahu le mengapa...

    ini hanya sedikit sahaja yg kita sedar akan kekuasaanNya, malah banyak lagi, tampa kita sedari

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Nur

    Insyaallah
    nur dan kekawan lain akan menjadi tetamuNya disuatu hari nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Amy

    supaya kita lebih taat atas perintahNya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Salam Miecyber

    di Makkah, semasa saya tu hari kurang sedikit kedai2 ais krim tu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam ckLah

    Alhamdulillah
    Syukur

    telah terhindar drp benda yg haram..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Ain

    setiap kejadian ada kebaikannya untuk umatNya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. menarik untuk dilawati suatu hari nanti insyaAllah :D

    ReplyDelete
  26. salam...saya tak sampai ke sini sebab kesuntukan masa

    ReplyDelete
  27. Salam rozali

    Alhamdulillah, sama-sama dapat menghayati kebesaran Allah S.W.T.

    Driver bas tu orang Arab ke? Dia hisap rokok tu.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...