السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Jabal Pemanah
Makam sahabat Nabi saw yang terkorban dalam Perang Uhud
Al Fatihah
kaki Bukit Pemanah
mendaki Bukit Pemanah
puncak Bukit Pemanah, berlatar belakangkan Jabal Uhud
pemandangan sebelah hadapan
pemandangan sebelah bekang
Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah selian Nabi Muhammad s.a.w. seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakar as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab daa Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.
Wassalam
salam tuan hj,
ReplyDeleteAL FATIHAH buat para syuhada Uhud.
sayunya mengenangi perjuangan..betapa kita seolah tak menghargai bermulanya perjuangan untuk agama ISLAM....
Muga ALLAH ampuni kita atas kecuaian ini.
Terima kasih
Alhamdullilah kita dapat menziarah di sini.Masih utuh keadaannya. Al-Fatihah kepada para syuhada Uhud.
ReplyDeletesalam atuk,
ReplyDeletetak jemu dengar cerita di Tanah suci..........doakan sihat seisi keluarga
Terharu dengan perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam, Al Fatihah...
ReplyDeleteWaalaikumusalam Ain
ReplyDeleteterlalu kerdilnya kita dibandingkan dgn para sahabat
terima kasih
Wassalam
Salam Cikgu Sonata
ReplyDeleteSyukur kita dapat membacakan Fatihah dihadapan makam para syuhada
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ayahanda
ReplyDeletetak jemu2 juga kita untuk menziarah Tanah Suci
amin
terima kasih
Wassalam
Salam Ummiroos
ReplyDeletetidak tercapai kita dengan semangat juang para sahabat
up:moga ummi cepat sembuh
terima kasih
Wassalam