Monday, June 27, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Kak Uda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Niat daripada rumah nak makan young tau foo di Pangsa Murni, Keramat Permai, tapi tutup pula. Terus ke persimpangan Jalan Semarak dengan Jalan Tun Razak, satay di sini boleh tahan sedapnya, tak berniaga juga.


Nak belanja Kak Uda (tudung hitam)
sempena ulang tahun hari jadinya semalam


Teringat cerita kawan. Ada sebuah kedai makan di hadapan antara Masjid Al Akram dan Sekolah Agama, berhampiran Pasar Dato' Keramat.

Pertama kali kami mencuba di kedai ni
Terdapat banyak gambar gambar yang digantung sekeliling dinding
Antaranya gambar Perdana Menteri yang pertama hingga sekarang
Ketua ketua Polis Malaysia
Kad Pengenalan PM pertama dan PM kedua

Gambar gambar Agong pertama hingga sekarang

Tidak ketinggalan juga gambar gambar P. Ramlee

Terkenal dengan air jus gelas besar, cuma RM2.00

Harga makanannya atara RM3.50 hingga RM5.00

Tahu bakarnya boleh tahan sedap juga, RM2.50 satu piring



Ya Allah , peliharalah anak anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadian mereka yang sempurna dan tetapkanlah hati mereka agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah anugerahkanlah mereka kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umur mereka dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badan mereka, dan indahkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, perelokkanlah suara mereka untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .


Wassalam

34 comments:

  1. Assallamualaikum Rozali,

    Selamat Hari lahir buat anakanda Kak Uda, semuga segala perjalanan hidup di rahmatiNYA. Amin.

    Tinggal di bandar banyak pilihan makanan dan yang speacial2 pun banyak. Seronoknya.Nampaknya semua sedap2.

    Mama nadz.

    ReplyDelete
  2. salam

    baguslah konsep kedai macam ni..ada pula gambar tokoh2 negara

    ReplyDelete
  3. salam

    hepi besday kak uda..

    atokk tertarik betul cm dgn kedai tu,,hebat dan hrga makananya murah..

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum Atuk,

    tahniah buat Kak Uda, selamat ulangtahun kelahiran

    cantik dan bersemangat patriotik hiasan kedai tu

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat Uda , semoga diberkati sepanjang hayat .

    Btw, tahu bakar tu nampak pun sedap , yummy !!

    ReplyDelete
  6. salam atuk

    semoga kak uda dan atuk sekeluarga terus dibawah kerahmatan dan perlindungan Allah, berbahagia dunia dan akhirat

    insyallah

    psss tahu bako tu kalau saya tak cukup sepiring hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Rozali;

    Selamat hari ulangtahun kelahiran Kak Uda, semoga dikurniakan segala yang baik2 oleh Allah swt, semoga dimakbulkan doa ibu dan ayah.

    Sedap nampak tauhu bakar tu...

    ReplyDelete
  8. salam atuk
    selamat hari lahir buat kak uda
    sya pun teringgat nak guna panggilan kak uda tu pada si kakak chantik saya

    atuk terima kasih aminkan harapan kami sekeluarga semoga mendapat berkat insya'allah

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Mama Nadz

    Amin, terima kasih
    memang banyak pilihan
    tapi kebanyakannya menggunakan aji no moto...silap2 yg murah punya

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Imanshah

    untuk menarik pelangan

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam CM

    terima kasih
    saya pun raund sekeliling dinding
    he he..macam masuk muzium pulak

    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ibuintan

    terima kasih
    sekurang2nya sambil menjamu selera, boleh tambah ilmu pengetahuan

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Ssalam Sarina

    Amin, terima kasih
    memang sedap tahu bakar tu
    satu piring tu, 2 ketul tahu

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Pak Itam

    Amin amin,terima kasih

    memang sedap tahu bakar tu..
    sos dia campur kacang tanah...emmm

    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Salam Amy

    terima kasih


    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ummiross

    Amin amin amin,terima kasih

    nanti saya belanja..he he
    Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Sayangibu

    Amin, terima kasih
    anak yg ke 4 tuuu

    ps: Insyaallah, Allah makbulkan

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum Rozali.

    Selamat ulangtahun buat anak kamu. semuga berjaya di dunia dan akhirat.

    macam sedap ajer makan kat sini.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Allah selamatkan kamu Kak Uda, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  20. Salam Atuk,

    Hepi bday kak uda..semoga menjadi insan solehah..

    Atuk nanti akak nak pergi kekedai makan tu nampak mcm sedap jer tahu bakar tu..kalau akak tak dapat cari akak tel atuk yer.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ade rozali : tauhu bakar tu nampak sedap.. nyam3

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Kak Ina

    Amin amin, terima kasih

    boleh tahan ajer..

    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    Amin amin amin, terima kasih
    moga cikgu pun begitu juga

    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Kak Sidah

    Amin, terima kasih

    Insyaallah
    boleh maklumkan...macam gps...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam Afeezz

    sedap juga...1 piring (2 ketul)
    cuma 2 hingget ajer

    Wassalam

    ReplyDelete
  26. selamat ulang tahun kak uda ..
    ermmmm menu2 tuu menambat hati ku :)

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum atuk

    selamat ulangtahun buat kak uda..
    tauhu bakar tu buatkan saya terliur..he he

    ReplyDelete
  28. Selamat Hari Lahir Kak Uda. Smg jadi anak yg solehah :)

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Ieda

    terima kasih

    nyam nyam

    Wassalam

    ReplyDelete
  30. Waalaikumusalam Norh

    Amin, terima kasih

    Wassalam

    ReplyDelete
  31. Waalaikumusalam Alin

    amin amin, terima kasih

    Wassalam

    ReplyDelete
  32. salam THR,

    belum terlewat harapnya, saya ucapkan selamat uamgthun buat kak uda..bertuahnya diraikan dikedai yang nostalgia nie...gelas besaq??? free satu jug kot kalu birthday??
    hihii

    muga jadi anak solehah dan mnjaga agama dan amal. amin

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum roz,

    haha...kak nab terlewat sakan...sibuk berniaga asam pedas...hehehe

    nak ucapkan selamat ulangtahun buat kak uda...semoga panjang umur, murah rezeki dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...