Sunday, June 26, 2011

Presint 16 ke Kampung Pengantin,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semalam menunaikan jemputan walimah anak sepupu isteri, di Dewan Kampo, Pusat belia Antarabangsa, Cheras, KL. Lama juga berada di majlis itu, maklumlah sesekali berjumpa dengan saudara mara, banyak yang hendak diceritakan. Lepas tu terus ambil anak di matrikulasi, Banting. Hampir nak Magrib baru sampai kat rumah.

Hari ini menhadiri walimah anak salah seorang bos di jabatan saya. Kebetulan adik bos tu duduk di hadapan rumah saya. Majlis itu diadakan di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Ramai bos bos dan kawan kawan jabatan yang datang, maklumlah anak sulung.



Dayang dayang mengiringi raja sehari menuju ke pelamin

Dayang dayang menarikan tarian zafin


Daripada Putrajaya, kami terus menuju ke Kampung Pengantin, Setapak, kali kedua saya hadir kesini. Majlis walimah anak sulung jiran. Disini pula ramai berjumpa dengan jiran jiran satu taman. Masa ini lah ada kesempatan untuk beramah mesra, kerana selalunya bertegur sapa cuma dengan angkat tangan atau bunyi hon sahaja.



Disambut dengan karpet merah






Pernah Nabi SAW mendoakan kepada pasangan pengantin:

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)

Wassalam

11 comments:

  1. Nama tu Kg Pengantin? saban minggu ada jemputan kawen ni....kadang2 dengan urusan peribadi terpaksa jua ditinggalkan - pakat kirim2 aje le !

    ReplyDelete
  2. waaa meriahnya.. besar jek die punya majlis..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kampung Pengantin ... 1st time I tau ada kampung ni .. so sweet , selamat pengantin baru buat pasangan pengantin, semoga bahagia sepanjang hayat .Amin .

    ReplyDelete
  4. wah2 meriahnya bro .. ermm aah saya pun 1st time dgr kampung pengantin tuu ermmm :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Namanya pun Raja Sehari.....sehari jela jadi RAJA....bukan selamanya.

    ReplyDelete
  6. pernah sekali ke sini.. moga pasangan bahagia selalu.

    ReplyDelete
  7. hebat majlis kahwin sekarang ni... ngeri mengenangkan bila tba masa anak sendiri nanti

    besar sangat belanjanya

    Wah.. banyak majlis Atuk hadiri

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam

    sonata anak kancil
    IMANSHAH
    me suya
    silversarina
    ieda
    ahmad humairi
    Adzriel @ Liza AB
    ibuintan

    Kampung Pengantin ni seluas padang bola, bangunan sementara, ada beberapa cawangan, tengah popular sekarang ni, dengar2 ceritanya, kos perbelanjaan jiran saya tu RM70k

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Betul ibuintan.. Depa ada banyak duit tu.. Kita cakap kat anak2 ikut mampu & sederhana aje kot, mudah2an depa faham. Lagipun selepas kawin biasanya nak pakai banyak duit, maklum le nak mula hidup baru.

    ibumas

    ReplyDelete
  10. Saya juga ke Putrajaya tapi Presint 17...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...