Tuesday, June 21, 2011

Masjid Quba'-Umrah 2011-13

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah. di atas sebidang tanah milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amir bin Auf yang diwakafkannya kepada beliau setiba di Quba'. Kira kira 3 km daripada Masjid Nabawi

Rasulullah sendiri yang mereka bentuk masjid itu. Bahkan beliau ikut bekerja, tidak segan-segan mengangkat bahan material bangunan, sehingga nampak letih yang teramat sangat pada wajahnya yang mulia. Nabi Muhammad SAW menunjukkan teladan yang begitu mulia, yang tak hanya pandai menyuruh.

Rasulullah SAW juga orang pertama yang meletakkan batu di mihrab masjid tersebut menghadap ke Baitul Maqdis di Palestin, kiblat pertama umat Islam, kemudian disusul berturut-turut oleh Abu Bakar Assidiq, Umar bin Khaththab, dan Utsman bin Affan.

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba'

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba' dan menunaikan solat sunat.

























Dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.

(at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan Umrah”

(HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

Masjid Quba' telah siap dibina semula dalam tahun 1986. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel Wahed El Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba'. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.

Masjid Quba' mempunya dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.


Wassalam

16 comments:

  1. teringat sewaktu melawat masjid rome...sunyi sungguh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Pembinaan masjid tanpa jiwa ibarat patung bernyawa..

    ReplyDelete
  3. semoga ada rezeki untuk amy ke sana...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali,

    Bila lah dapat bersolat di sini lagi...

    ReplyDelete
  5. Salam Imanshah

    di Masjid Quba' ni senantiasa ada jemaah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    macam sesetengah masjid
    indah tapi tia jemaahnya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Amy

    ada niat, ada usaha
    Insyaallah


    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ummiross

    Insyaallah
    hasil drp keuntungan tu
    boleh le pergi lagi...he hye

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. terjah sini.. tgl trace :D

    http://eleventx.blogspot.com/2011/06/list-blog-aku-promosi-kau-promosi-aku.html

    ReplyDelete
  10. cantik2 dan kagum dengan binaan masjid2 di sana kan bro .. :)

    ReplyDelete
  11. Masjid yang sangat istimewa...

    Kerana pernah berkiblatkan ke arah Baitul Muqadis..


    SMS provokasi
    Fenomena langit merah

    ReplyDelete
  12. salam atuk..cantik masjid ni.. atuk phd sihat?

    ReplyDelete
  13. Salam Ieda

    seni mereka halus

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Miecyber

    memang istimewa
    hadis nabi..
    boleh pahala umrah, apabila solat sunat di masjid ini

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Suya

    Alhamdulillah
    sihat ada nya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Hj Rozali,

    Nostalgia, saya rindu suasana di sini

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...