Tuesday, July 5, 2011

Kilang Pasu dan Muzium Negeri-Kuching 5

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Selepas melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh, kami teruskan lawatan ke kilang pasu. Di sini cuma melihat proses membuat pasu dan ada juga yang membeli barang barang kecil sebagai souvenir sahaja. Selapas itu kami terus ke Muzium Negeri Sarawak.











Muzium Negeri Sarawak


Dewan Tun Abdul Razak merupakan salah satu daripada galeri Muzium Sarawak. Namanya diambil sempena nama Perdana Menteri Kedua Malaysia. Ia merupakan bangunan dua tingkat dan dahulunya digunakan sebagai Dewan Perhimpunan Perundangan daripada tahun 1973 sehingga 1975. Pada 1982, ia dijadikan galeri pameran dan dibuka secara rasmi dalam tahun 1983.

Aras bawah bangunan tersebut digunakan untuk mempamerkan pameran-pameran sementara mengikut tema. Di bahagian berkenaan juga ditempatkan kedai muzium yang menjual pelbagai cenderamata yang terdiri daripada barang-barang seni tradisional, kemeja, buku dan sebagainya.

Pada aras satu, kebanyakkan barang pameran merupakan barangan pra-sejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot Cina, ruangan rumah panjang dan sebagainya. Sebahagian besar barangan arkeologi yang diperolehi di negeri Sarawak juga ada dipamerkan di sini.








Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di Negeri Sarawak pada masa tersebut.

Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44' x 160', mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.

Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak

Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak -seperti reptilia ,mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell -industri petroleum di Sarawak.

Rujukan: http://www.museum.sarawak.gov.my/

Wassalam

5 comments:

  1. Salam Rozali,

    nice place.. tringin nk kunjung suatu hari nanti :)

    wassalam

    ReplyDelete
  2. salam...atas inisiatif orang2 dulu...maka kita dapatlah lihat semua sejarah itu...terima kasih kepada mereka yang terdahulu drp kita

    ReplyDelete
  3. salam,

    Pasu Sarawak memang terkenal halus seninya ... teringin juga nak melawat lagi last pegi 2004 ..dan I mula bersekolah darjah 1 dan 2 di Kuching (zaman kurun lamanya ikut abah askar dulu ) ..hehe .

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali;
    pasu Sarawak ni memang cantik2 designnya, tak terpesona ke? hik!
    banyak ke membeli?

    ReplyDelete
  5. salam tuan hj,

    ohh betui2 muzium yer..asli dan berzaman nostalgianya.tak seram ke ?

    nama TAR, ade dimana2 yer..hinggakan pusat jengka pun ditukar ke namanya..hebat pemimpin kita kan....?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...