بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Cerita ini seminggu yang lepas. Saya menghadiri Mesyuarat Tahunan Koperasi Jabatan kami. Tahun ini diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Saya ditemani oleh isteri dan dua orang anak. Berkomvoi 3 buah kereta daripada Tol Gombak pukul 12 tengah malam sabtu, berhenti dua tiga kali dan sampai di Wakaf Che Yeh untuk sarapan pagi pukul 8.30 pagi.
Selepas sarapan pagi, kami menuju ke Pengkalan Kubur
Masih lenggang lagi, sebab kedai baru buka
Pasar buah-buahan Pengkalan Kubur
Selepas itu kami terus pergi ke Pasar Besar Rantau Panjang
Di sini tak beli apa-apa, rasa-rasa barang-barangnya lebih mahal daripada Pengkalan Kubur
Tepat pukul 2.00 petang, check in hotel
Tahun ni agak mewah sikit, hotel tersohor di Kota Bharu
Pukul 3.00 petang, kawan (orang KB) semasa bersama Umrah tahun lepas menjemput kami dan pergi sekali lagi ke Pengkalan Kubur
Singgah sekejap, tenguk patung besar sedang baring
Isteri gembira, sebab dapat sambar set ini...he he
8.30 malam Pra Mesyuarat diadakan
Isteri dan anak-anak makan malam di rumah kawan semasa Umrah tahun lepas. Serta mereka dibawa pergi ke Wakaf Che Yeh.
Pukul 1 malam baru dapat melelapkan mata, selepas 24 jam berjaga
Sabda Nabi saw.
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim"
(Hadis riwayat Bukhari)
WASSALAM
"isteri gembira"! hehehe...serupa kaknab punyer :)
ReplyDeleteSalam Kak Nab
ReplyDeletesejiwa nampak nyer...he he
Assalamualaikum Atuk;
ReplyDeleteTengok pinggan tu yang tahan ni, rasa nak sambar juga, hik!
Waalaikumusalam Ummiross
Deletetak kisah kut...sebab dekat dgn rumah ummi...bila2 boleh sambar...he he
nampak nyamannn bilik hotel tuu
ReplyDeleteseronok tul atuk berjalan2 nie ;)
salam Ieda
Deleteitu le.... cuma 2 malam ajer
Assalamualaikum Atuk
ReplyDeleteWaah...........orang pempuan memang suka dapat beli corel tuh.Tapi Mak Wan terkecuali la. Sekarang masa anak2 pulak buat koleksi.
Waalaikumusalam Mak Wan
Deletedah lama mengidamkan tu...he he
assalamualaikum atuk....seronoknya dpt pi sana kan...kaum perempuan kalau x bawa balik sesuatu dr sana mmg x boleh mesti ada yg berkenan di hati...:)
ReplyDeleteWaalaikumusalam Mama
Deletebukan satu mama...tapi......he he
Saya bulan feb lepas baru jer kelantan..mmg seronok,rasa nk gi lagi jerr..
ReplyDeleteSalam Ain
Deletepaling seronok...tengok orang cina cakap lorat Kelantan...tak pelat langsong
assalamualaikum atuk : amboi.. samapi2 jer terus shopping... hehehe
ReplyDeleteAwal Mei tu ckLah ke semua tempat membeli belah di atas. Baliknya, laluan tengah dalam bas penuh dengan toto. Nak turun buang air pun payah kena meranduk atas toto tu semua. Rombongan ckKiah, gitulah...hehe.
ReplyDeletenice hotel tu...mmg menjamin keselesaan..
ReplyDeletesronoknye wife atuk dpt beramah mesra dgn kwn lama..mengukuhkan lg persaudaraan...
slmt bermiting ye atuk...
Assalamualaikum Atuk....
ReplyDeleteKakya suka pantai timur, especially Kelantan Dan Trengganu .
Best kan Atuk .