بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Sesiapa yang datang ke Ho Chi Minh City atau nama lamanya Saigon, Ben Thanh Marked ada surga membeli belah, terutamanya pelancong daripada Malaysia. Pasar ini buka daripada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Pasar Ben Thanh ini ibarat pusat membeli belah, daripada pasar basah, seperti ikan, sayur sayuran dan tidak ketinggalan terdapat banyak gerai menjual kinzir.
Disatu sudut lain pula terdapat gerai gerai menjual buah buahan tempatan. Terdapat juga gerai menjual peralatan dan perkakas keperluan dapur.
Sudut yang paling popular, gerai gerai yang menjual cenderamata dan buah tangan, lukisan, kasut, beg dan pakaian serta kain ela.
Disni kita kena rajin pergi banyak gerai untuk bertanya harga bertujuan mencari harga yang paling rendah. Kalau hendak menawar harga, biarlah lebih daripada separuh harga daripada harga yang ditawarkan pada mula mulanya.
Sebagai contohnya, harga key chain 1 papan, pada mulanya peniaga itu menawarkan USD8.00, kemudian dia menurunkan kepada USD5.00, tawar menawar berlaku. Akhir sekali, saya dapat USD2.70 sepapan apabila saya nak membeli 10 papan.
Pintu utama Ben Thanh Marked
Pintu belakang Pasar Ben Thanh
Suasana dalam pasar Ben Thanh
kinzir (bahasa sopannya)
Perbagai souvenir
Gerai harga tetap, kawalan oleh kerajaan
(anda boleh buat panduan harga daripada gerai gerai ini)
Membuat kasut dengan corak dan warna mengikut kesesuaian pelanggan
Tempahan pakaian lelaki dan perempuan boleh siap 1 hari
Sebelah malamnya, 8.00 malam hingga 11.00 malam terdapat pasar malam yang dibuka luar pasar Ben Thanh
Banyak terdapat perbagai baju kurung
(lebih kurang separuh harga daripada harga di Malaysia)
Perbagai harga, warna dan corak telekong buatan tempatan
Sabda Rasul saw.
"Tempat yang paling baik di sisi Allah adalah masjid dan tempat paling dimurkaiNya adalah pasar-pasar."
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la dan al-Hakim)
"Baginda tidak kasar, tidak berperangai buruk dan tidak menjerit ketika di pasar. Baginda tidak melakukan kejahatan bagi membalas kejahatan, tetapi Baginda sangat suka memaafkan dan melupakan kejahatan."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam al-Baikhaqi.
WASSALAM
Assalamualaikum Atuk.
ReplyDeleteDi mana2 pun, pasti terdapat peniaga yang cuba menyembelih pelanggan apatah lagi kalau kita sendiri tidak berhati2.
Waalaikumusalam Kak Cik
Deletekita buat2 tak berminat ajer dulu...
salam...
ReplyDeletekalau saya,benda pertama yg dicari adalah FM hehe...
Waalaikumusalam Kamsiah
Deletesaya beli key chain ajer...untuk kawan2 pejabat
Salam ATUK,
ReplyDeleteAtuk dah dua kali ke sanakan?
TENTU BERPAPAN2 HADIAH DIBAWA!
Waalaikumusalam Mama Ju
Deletekawan ramai kat pejabat ni....hampir 90 orang...he he
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteWaa banyaknya borong keychain Atuk, sampai 10 papan..
Tentu seronok shopping kat sini kan..
Waalaikumusalam Ummiross
Deleteramai kawan2
ramai adik2
Tempah baju boleh siap sehari. Tu yg ckLah suka....
ReplyDeleteAssalamualaikum atuk....
Salam ckLah
Deleteboleh cikgu....beberapa pasang pun boleh
salam - best market ni...kalau kaum hawa beli kain/baju - memang sgt murah berbanding tempat kita - sebab banyak yg jual kat tempat kita datang dari sini kan...! (sy ada beli kain harga jauh lebih rendah - sekali tengok kawan kat sini - pakai baju kain sama...& sy tahu dia beli di m'sia dgn harga yg 2x ganda !)- kalau dah datang tak angkut kain - rugiiiii.....(jangan over bajet/berat luggage udah le)
ReplyDeleteWaalaikumusalam Cikgu Sonata
Deletekalau boleh luggage kena tempah yg 20 kg....
Salam Diana
ReplyDeletekalau kat Malaysia harga RM100
disana lebih kurang RM40/RM50 ajer
terima kasih atuk utk n3 ni..bole dijadikan panduan utk sy..insyaAllah bln 9 ni pegi ke HCM.
ReplyDeleteSalam Suziey
Deletesediakan beg besar dan luggage kena lebih tu....
Seronoknya atok. Kami br nk brplan2 ke sana, cuma lom ada kesempatan. Nk beli tiket masa Mattafair takut tk ngam schedul plak bìla masanya tiba. Huhuhu..
ReplyDeletesalam CM
DeleteInsyaallah
sampai masa nanti boleh melancong ke sana
melihat kekejaman manusia sambil bersopping
ben thanh market ni ala ala pasar kedai payang/pasar siti khadijah kita lah kan...kalau kat malaysia pun kita boleh kena sembelih, inikan pula kat sana..! :)
ReplyDeleteSalam Daddy Ziyyad
Deletelebih kurang sama......
ada yang baiknya...contoh kebanyakan kain ela USD10 satu pasang...ada satu keadi tu menawarkan USD8.00 sahaja....(kain yg sama)
Assalamualaikum Atuk...
ReplyDeletetawar menawar ni lumrah antara pelanggan dan peniaga...keduanya pun tidak mahu rugi pandai2lah kan...kalau mereka masih termampu nak memberikan lebih separuh dari harga yg ditawarkan awalnya....maknanya tetap ada keuntungan bg peniaga dan pembeli dapat lah sedikit penjimatan...
Waalaikumusalam Eye
Deletepengguna yg tak pandai menawar....agak rugi la
vietnam memang menarik kan..dkna suka kain dari vietnam..
ReplyDeleteSalam Adylia
Deleteboleh pergi lagi tu....
kelihatan meriah yer pasar tuh...
ReplyDeleteSalam Papa Mifz
Deletekena sediakan RM banyak2...he he
tmpat yg mnarik utk g jalan2 ni.. sama sprti malaysia gak..
ReplyDeleteSalam Zul
Deletememang menarik...drp segi sejarah dan membeli belah
assalammualaikum atuk..seronok pulak baca kisah kamu jejalan kat sana. kamu pergi ikut pakej ker?
ReplyDeleteWaalaikumusalam Kak Ina
Deleteikut pakej...tapi tiket beli sendiri, jimat sikit
aassalamualaikum atuk : meriah... mesti best shopping kat sini...
ReplyDeleteWaalaikumusalam Afeezz
Deleteada jiran saya tu, anak dia nak kawin, beli kelengkapan pengantin di sana...afeezz nanti boleh le shopping kat sana juga
wahhh nie kira macam pasar besar mereka lah kan
ReplyDeletesure banyak pilihan sampai rambang mata
cantik2 tak souvinear @ FM disana tuk ;))
Salam Ieda
Deletememang boleh rambang mata dibuatnya...he he