Monday, July 23, 2012

Solat Tarawih dan Tazkirah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Amalan STP menunaikan solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat, kemudian mengadakan majlis tazkirah selama setengah jam dan disambung dengan solat sunat Witir.

Fenomena di STP

Semasa solat sunat Tarawih


Semasa tazkirah


Tazkirah merupakan satu jalan untuk mengingatkan manusia yang sedang berhimpun dalam solat tarawih pada ketika itu. Hal ini kerana pada zaman sekarang, bukan semua yang faham dan dapat mengambil iktibar daripada hasil bacaan imam ketika solat. Rata-rata mereka tidak faham, lebih-lebih lagi mereka yang tidak menguasai bahasa Arab. Maka, tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia pada ketika itu. Tambahan pula, tazkirah itu dapat disampaikan kepada orang ramai yang sedang berhimpun dan di dalam bulan Ramadhan.


Firman Allah SWT.

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu."

(Surah Al-'ala : 9-10)





Perhatian kepada ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk solat Tarawih. Dalam pemerhatian saya, boleh dikatakan semua anak-anak ini bermain di dalam masjid/surau dan yang lebih malang lagi mereka bebas diluar/jalanan. Dikuatiri melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Pendapat saya lebih baik atau sesuai kalau anak-anak ini diawasi oleh ibubapa mereka sendiri.

WASSALAM

9 comments:

  1. alhamdulillah tukk
    ramainya org ...
    budak2 punn ada ;))

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk..selamat menjalani ibadah puasa :) smga ramadhan ini mnjadikan kita hambaNya yg lebih baik dari sebelumnya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ATUK..
    3 Ramadan sudah....Tarawih 8 rakaat berserta Tazkirah...betul2 memberikan manfaat semoga sama2 mendapat penghayatan tetang solat tarawih itu...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...alhamdullilah moga diberikan pahala yg berganda2kan...:)

    ReplyDelete
  5. Dekat masjid putra tak de tazkirah.
    Apa yg tak kena budak2 asik melalak kat masjid? hehe

    ReplyDelete
  6. seronok kalau kemeriahan ni berterusan sepanjang tahun kan atuk..teringin saya nak ke stp ni

    ReplyDelete
  7. salam
    atuk...hari pertama berterawih...penuh masjid baru kat tempat saya...
    4 rakaat...hilang satu saf kt belakang...8 rakaat...ghaib lagi satu saf..
    last2 yg tinggal saf barisan depan ja...

    ReplyDelete
  8. As salam Atuk,

    Rindu dgn suasana Tarawikh di Malaya... Di sini juga tdk kurang meriahnya cuma suasana sedikit berlainan... Selamat berpuasa atuk :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...