بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Lama betul dah tak datang ke Nilai 3. Semasa jalan balik ke KL, daripada Bagan Lalang, kami singgah sebentar di sini.
Ada banyak perubahan, dulu penuh sesak dengan kenderaan, bas rombongan serta orang ramai. Kebanyakan kedainya menjual kain dan pakaian.
Sekarang ini agak lengang, dan saya perhatikan kedai-kedai kebanyakannya menjual permaidani serta peralatan kelengkapan majlis perkawinan.
Di tepi jalan masuk ke kedai-kedai Nilai 3, terdapat satu kilang permaidani yang sedang membuat jualan kilang dan jualan pengabisan stok, semuanya sale.
Mula-mulanya isteri sudah agak terpikat dengan harga di sini, tapi saya cadangkan kita lihat dulu harga di kedai kedai lain di atas tu.
Setelah membandingkan harga di beberapa buah kedai, Alhamdulillah, perbezaannya lebih 1/4 lebih murah di kedai Nilai 3 berbanding dengan harga di kilang tadi.
Belum pernah tengok lagi podok kayu (gazebo) dua tingkat macam ni
Firman Allah
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
(Surah al-A’raaf, ayat 26)
WASSALAM
salam
ReplyDeletekat rumah saya dah berbelas th tak guna permaidani...bg kt org semua...malas nak vakuum tiap hari hehe...skrg guna tikar buluh,rotan...senang nak angkat sapu habuk...
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteAkhir cuti sekolah dlm perjalanan ke Shah Alam menghantar anak balik ke Uitm cuba singgah di nilai tetapi terpaksa berpatah balik memandangkan traffic jem ......terlampau ramai yg mengunjungi nilai....tak jadi le nak mencari/melihat barang ......
assalamualaikum atuk....memang seronok kalau dpt ke sana lagi2 dah nak musim perayaan ni...:)
ReplyDeletekat Nilai3 tu almost semua benda ada kan Atuk..ehehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteCantik pondok gazebo 2 tingkat tu Atuk..
Assalamualaikum Atuk
ReplyDeletekalau pergi Nilai 3 pilihlah waktu petang. Cuacanya boleh tahan sikit..........kalau tidak mak ai paneh benor2.
Selamat beramal di malam Nisfu Syakban.Wassalam
Tempat wajib lawat bg mak2 yg nak buat kenduri kawin ank ni ATUK....Macam2 ada...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSy tak suka pegi sini. Dulu ms nak akwen, terlepas beli belah brg kawen kat sini. Tp ternyata lebih mhl dr tmpt sy sendiri.
=(
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBerhati-hati kena pandai tawar-menawar bila beli karpet kat situ..
Kalau tak jadi 'Minah Tertipu'..
belum sampai lagi kesini...dengar cerita sana sini..
ReplyDeletehebat
Atuk : Arjuna sekarang tengah mencari karpet, dia orang kata kat Nilai 3 nie murah, tp dengar kat sini berbunyi lain... PENING2 atuk pun tulis mengkompiuskan arjuna "Alhamdulillah, perbezaannya lebih 1/4 lebih murah di kedai Nilai 3 berbanding dengan harga di kilang tadi"
ReplyDeletesalam atuk.....
ReplyDeletenie dah nak dekat puasa....dan raya bakalmenjelma...
so...leh la shoooooping...
untuk tahun nie sumanje besederhana sahaja
Thanks sharing atuk.....
Salam sejahtera Atuk
ReplyDeleteOh terimakasih maklumat carpet u.
Hari tu ke N3 tak namapk pulak wakar 2 tingkat...fenomena baru ke?
byknye permaidani.. cantik2..
ReplyDeleteassalamualaikum atuk : ermm.. lama dah tak pi nilai 3, rasanya baru sekali jer penah smpi saner
ReplyDeleteOhhhh rambang mata kalau nak pilih barang kat area nilai 3 ni semua macam nak beli
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair bumper kemek kedalam