Saturday, January 21, 2012

ILDAS-Kursus Tadbir Urus Surau Cemerlang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, telah selamat menghadiri Kursus Tadbir Urus Surau Cemerlang di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Ini antara hasil daripada doa doa kekawan semua, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Antara tajuk tajuk yang dibincangkan dalam kursus kali ini adalah

Peranan Jawatankuasa Surau
oleh Ust Saleh Husin

KPI Pengurusan Surau
oleh Ust Ramli Sidom

Peraturan Pengurusan Kewangan Masjid/Surau Negeri Selangor
oleh En Khairi Muhd Noor

Pentadbiran Masjid/Surau Negeri Selangor dan
Motivasi:Tadbir Urus Insan Dalam Kepimpinan Surau
Ust Basori Umar


Terdapat banyak institusi lain

ILDAS

Asrama dan kawasan dewan makan

Surau

Didalam taklimat, perkara ini diambil perhatian utama

Dalam Dewan Melati

Dalam bilik asrama, 2 orang sebilik
Pandangan daripada tingkap bilik (nampak muara Sungai Bernam)

Moga Allah luaskan kefahamanku daripada ilmu ilmu yang dipelajari dan lepaskanlah kekakuan lidah ku supaya mereka faham perkataan ku




Abu Dzar r.a katanya :

Aku bertanya : Wahai Rasulullah !
Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?

Rasulullah menjawab : Masjidilharam.

Aku bertanya lagi: Setelah itu masjid mana pula?

Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan masjid.


WASSALAM

11 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk

    Alhamdulillah bertambah lagi ilmu didada.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wbt THR

    Bila nak beri kursus kepada kami pulak?

    ReplyDelete
  3. salam atuk..

    nmpk sgt selesa asrama tu..

    p/s : atuk, jgn makan telur hari2.. bahaya tuk kesihatan..
    lady xpe.. lady kecik lagi :P..
    bersederhana itu lebih baik..

    ReplyDelete
  4. salam tuk
    bagus program macam nie ..
    hurmm cantik gak tmpt nie ..
    nampak kemas ..;)

    ReplyDelete
  5. Salam Atuk..
    Bertambah ilmu untuk dikongsi.. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum atuk..

    selepas 40 tahun tu masjid apa ye? maaflah..pengetahuan tentang agama sya terlalu cetek..

    bangunan hijau tu nampak sgt cantik

    ReplyDelete
  7. Sejak bekerja dengan unit di bawah JAIS, teringin jugak nak dihantar kursus di ILDAS, tapi belum pernah lagi dipilih.

    Cantik jugak ILDAS...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum atuk

    sistematik ya..
    ada KPI pulak tu..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Tahniah atuk. Bertambah ilmu di dada untuk menyumbang yang lebih baik. Semoga mendapat barakah Ilahi.
    TQ.

    ReplyDelete
  10. salam
    tempat tu nampak tenang dan damai je...

    ReplyDelete
  11. wahhhh tempat pun boleh hilang tension sambil menambah ilmu didada...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    Diy neon Ledd Strip pada kereta

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...