بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar ini asalnya terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak Nomad dari utara.
Tembok Besar zaman Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai berdekatan Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
‘The Great Wall of China’, yang menjadi kebanggaan rakyat China serta merupakan antara 7 keajaiban dunia yang dibina oleh penduduk tempatan serta askar-askar China untuk menghalang penduduk Mongolia daripada memasuki China. Untuk mendaki tembok ini, peserta memerlukan kekuatan mental serta fizikal. Disini peserta dapat menikmati keindahan pemandangan yang begitu menarik dan dapat melihat sendiri hasil kerja yang mengagumkan dimana persoalan ‘bagaimana tembok itu dapat dibina dengan kerahan tenaga manusia tanpa alatan yang canggih?’ sering berlegar di minda.
Dari Menara 7, menuju ke Menara 8
Cabaran bertambah.....
Tangga bertambah curam
Berapa bilion manusia telah memijak batu ini hingga lekuk sebegini
Menara 8
Penduduk China yang berbangga dengan kedatangan kami sebagai pelancong
Disetiap menara ada tempat rehat dan jualan cenderamata
Cabaran bertambah getir
Sudah hampir ke Menara 9
Alhamdulillah...dengan tercungap-cungap dapat memijakkan kaki ke Menara 9
Tangga Menara Tinjau
Perhatikan anak tangga
Pemandangan daripada Menara tinjau Menara 9
Oleh kerana kesuntukan masa dan tangga yang bertambah curam
cuma dapat pandang ke Menara 10 sahaja
I
Umur Pak Cik ni sudah menjangkau 60an antara 6 orang yang sampai ke Menara 9
cuma bergambar berlatarbelakangkan Menara 10 sahaja
Bergambar sekali lagi semasa hendak turun
Antara liku-liku yang perlu dilalui
Satu kejayaan dan kepuasan untuk diri sendiri
Tujuh Golongan Manusia Doa Mereka Mustajab di Sisi Allah SWT
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.
Nabi SAW bersabda maksudnya
"Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya."
(Hadis Riwayat Turmudzi)
WASSALAM
Assalam bro rozali .
ReplyDeleteSeronok tu amoi2..come2 tu..heee..
Saya masa pegi takat post satu je kot..hubby gayat..plus ada anak kecik masa tu...kalau tak mau je saya naik.
Assalam bro rozali .
ReplyDeleteSeronok tu amoi2..come2 tu..heee..
Saya masa pegi takat post satu je kot..hubby gayat..plus ada anak kecik masa tu...kalau tak mau je saya naik.
Atuk...saya tgk gambar2 tu,awal2 lagi dah surrender...bab2 naik anak tangga ni saya mmg fail hehe
ReplyDeletebestnye atuk dapat ke sana :D
ReplyDeletetahniah sebab sampai ke menara 9
ReplyDeletehehehe
tingginya..tak rasa gayat ke ??
ReplyDeleteassalamualaikum atuk...seronoknya dpt pi sana...;)
ReplyDeletemasa alin jejak di tembok cina ritu memang alin kagum dengan kekuatan org cina. punyalah tinggi dan susah . akibat terlalu kagum sampai takat 3 je mamu naik..hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteTingginya nak naik menara tu Atuk, kalau ummi sah2 tak lepas, hehe..
Tapi puas hati kan, pemandangan cantk dilihat dari atas tu.