بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Seperti biasa setiap tahun dalam bulan Ramadhan STP menganjurkan majlis iftar yang ditaja oleh anak kariah STP sendiri mengikut jalan jalan yang telah ditetapkan.
Puasa terutamanya puasa sebulan dibulan Ramadhan, ia menjadi penyelamat dari api neraka dan pembuka pintu Syurga.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga.”
[HR Bukhari, (3581) Al-Jihad]
Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa itu perisai (penyelamat) dari azab Allah.”
[HR Ahmad (17233), 38. HR Ahmad dan Baihaqi]
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah ada seorang hamba berpuasa di jalan Allah kecuali Allah jauhkan dia dari neraka sejauh tujuh puluh musim (tujuh puluh tahun).”
[HR Bukhari , (6/35). Muslim, (1153)]
Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa itu perisai (yang menyelamatkan diri dari api neraka), apabila seorang kamu berpuasa, janganlah berkata-kata keji, jangan berlaku jahil, jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya, katakanlah aku berpuasa.”
[HR Ahmad, (7714)]
Rasulullah SAW bersabda:
“Fitnah seseorang itu dalam keluarga, harta dan jirannya, boleh dihapuskan oleh Solat, puasa dan sedekah.”
[HR Bukhari (2/670). Muslim, (144)]
WASSALAM
Assalamualaikum Atuk
ReplyDeleteAlhamdulillah, tumpang seronok tengok aktiviti STP, bertuah atuk menjadi sebahagian darinya, mantap ukhwahnya.
assalamualaikum
ReplyDeletesalam ramadhan dan selamat berpuasa buat atuk sekeluarga
Salam ramadhan atuk..
ReplyDeleteSuasana jd lebih meriah bila berbuka puasa beramai-ramai.. terima kasih atas perkongsian hadith mengenai puasa tu.. Alhamdulillah.. saya dapat ilmu di sini..
seronoknya berbuka puasa di STP. eh eh apa itu STP atuk.
ReplyDeletesalam ramadhan atuk :)
ReplyDelete