بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah
Pukul 2.45 petang Ahad, Kak Ngah selamat mendarat dan kembali ke tanah air setelah 6 tahun menimba ilmu di negara jiran.
Insyaallah akan menjalani housemanship selama 2 tahun.
Doa Kesyukuran
بِِِِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ وَلَكَ الشُّكْرُ كُلُّهُ وَلَكَ الْمُلْكُ كُلُّهُ وَلَكَ الْخَلْقُ كُلُّهُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ الأَمْرُ كُلُّهُ.
اَللّهُمَّ مَا أَنْعَمْتَ فَزِدْ ، وَمَا زِدْتَ فَبَارِكْ وَمَا بَارَكْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَيْهِ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا صَابِرِيْنَ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ وَاجْعَلْنَا فِى أَعْيُنِنَا صِغَارًا وَفِى أَعْيُنِ النَّاسِ كِبَارًا.
اَللّهُمَّ بَارِكْ فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوْبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِيْنَ لَهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا.
اَللّهُمَّ اصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادُنَا ، وَاْجعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
Ya Allah, bagiMu pujian seluruhnya, bagiMu kesyukuran seluruhnya, bagiMu kekuasaan dan ciptaan seluruhnya, di tanganMu segala kebaikan, dan kepadaMu kembalinya segala urusan.
Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah Engkau tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati maka bagiMu segala pujian atasnya.
Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang sabar, orang-orang yang bersyukur, dan jadikanlah kami, kecil pada pandangan mata kami dan besar pada pandangan mata orang lain.
Ya Allah, berkatilah pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmat-nikmatMu dan gandakanlah serta sempurnakanlah nikmat itu atas kami.
Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami yang memelihara urusan kami, dan perbaikilah bagi kami dunia penghidupan kami, dan perbaikilah bagi kami hari pembalasan kami iaitu tempat kembali kami, dan jadikanlah penghidupan bertambah dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian ketenangan bagi kami dari segala kejahatan.
Ya Tuhan kami, mohon kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon jauhkanlah kami daripada azab api neraka, dan selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keagungan daripada apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) sifatkan, dan salam sejahtera kepada para rasul sekalian. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam
WASSALAM
Salam En. Atuk,
ReplyDeleteDoktor eh? Heheheh....
As salam
ReplyDeleteSeronok ibu dan ayah2 anak dah pulang ....tahniah kepada kak ngah..semoga berjaya dunia dan akhirat
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bakal doktor ni. Tahniah buat Kak Ngah dan Atuk sekeluarga yang mendidik anak2 dengan cemerlang.
Alhamdulillah...bakal doktor ke atuk?
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletebakal doktor rupanya..tahniah utk atuk sekeluarga.saat paling gembira bila semua anak-anak dapat kumpul bersama..
tahniah utk anak dara yg manis tu....pasti lebaran lbh bermakna buat atuk sekelaurga..
ReplyDeleteAdehh adehh tetiba rasa sakit perut plak. Doktorrrr...! tolong doktor!
ReplyDeleteAmin2.. tahniah utk kak ngah atok.. smoga succes slalu
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTahniah Atuk, sejuk perut ibu yang mengandung :)