Thursday, July 11, 2013

Iftar 1 Ramadhan 1434H di STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seperti biasa setiap tahun dalam bulan Ramadhan STP menganjurkan majlis iftar yang ditaja oleh anak kariah STP sendiri mengikut jalan jalan yang telah ditetapkan.






Puasa terutamanya puasa sebulan dibulan Ramadhan, ia menjadi penyelamat dari api neraka dan pembuka pintu Syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga.”

[HR Bukhari, (3581) Al-Jihad]


Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa itu perisai (penyelamat) dari azab Allah.”

[HR Ahmad (17233), 38. HR Ahmad dan Baihaqi]


Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah ada seorang hamba berpuasa di jalan Allah kecuali Allah jauhkan dia dari neraka sejauh tujuh puluh musim (tujuh puluh tahun).”

[HR Bukhari , (6/35). Muslim, (1153)]


Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa itu perisai (yang menyelamatkan diri dari api neraka), apabila seorang kamu berpuasa, janganlah berkata-kata keji, jangan berlaku jahil, jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya, katakanlah aku berpuasa.”

[HR Ahmad, (7714)]


Rasulullah SAW bersabda:

“Fitnah seseorang itu dalam keluarga, harta dan jirannya, boleh dihapuskan oleh Solat, puasa dan sedekah.”

[HR Bukhari (2/670). Muslim, (144)]


WASSALAM

5 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk

    Alhamdulillah, tumpang seronok tengok aktiviti STP, bertuah atuk menjadi sebahagian darinya, mantap ukhwahnya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    salam ramadhan dan selamat berpuasa buat atuk sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan atuk..

    Suasana jd lebih meriah bila berbuka puasa beramai-ramai.. terima kasih atas perkongsian hadith mengenai puasa tu.. Alhamdulillah.. saya dapat ilmu di sini..

    ReplyDelete
  4. seronoknya berbuka puasa di STP. eh eh apa itu STP atuk.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...