Wednesday, August 24, 2011

Bukit Safa ke Bukit Marwah-Umrah 2011-23

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ibadat saie Safa ke Marwah lambang kecekalan, ketakwaan


Firman Allah swt. bermaksud:
"Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-Baqarah, ayat 158)



Ibrahim al-Sari berkata, Safa bermaksud batu keras dan kental. Oleh itu, sebatang pohon tidak tumbuh di atasnya manakala Marwah pula ialah batu lembut. Kedua-dua tempat itu dijadikan syiar Allah untuk dilaksanakan salah satu daripada rukun haji iaitu bersaie.



Di sinilah lahirnya ucapan Hajar yang masyhur, iaitu kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu berbuat demikian? Lantas jawab Nabi Ibrahim: Ya, dengan penuh yakin. Isterinya yang solihah berkata: Jika begitu, Allah SWT tidak akan mengabaikan kami.



Diriwayatkan Asim Ibn Sulaiman berkata:
“Aku bertanya Anas mengenai (berkeliling) di Safa dan Marwah, dia menjawab: Kami melihat kedua-duanya daripada upacara (ibadat) jahiliah. Apabila Islam datang, kami menahan diri daripada berkeliling pada kedua-duanya. Kemudian Allah menurunkan ayat di atas bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwah itu adalah daripada syiar Allah.”
(Hadis riwayat Bukhari)



Allah berfirman bermaksud:
“Dan sesiapa mengerjakan dengan sukarela amalan baik, maka sesungguhnya Allah memberikan balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.”



Wassalam

16 comments:

  1. SALAM,
    SELAMAT BERIBADAH ! MOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam LF

    moga ibadah kita diterima oleh Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam...seronok nyer dpt mengerjakan umrah...

    best dpt info bila tengok gambar....

    bilalah mama dpt pergi ke sana semoga adalah rezeki dr Allah utk menjejakkan kaki di tanah suci...:)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Mama

    pasang niat dahulu..
    Insyaallah Allah akan menjemput mama jadi tetamunya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. mengerjakn umrah pada usia muda sangat senang kan?

    jadi perlu mengumpul duit dahulu, rasanya nk hantar ibu bapa dlu
    :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tn Hj,

    Sesorang yang melakukan Saei perlu lah tabah dalam melakukan di kala musim menunaikan haji walaupun kini di MH tempat Saei telah pun ditambah bertingkat......

    ReplyDelete
  7. salam atuk

    hari tu kami bersaei di tingkat bawah ,tak teringat ke atas

    ReplyDelete
  8. Salam

    tk, tak tau pun makna 2 tu..he tak terfikir pulak.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    ikhlaskan beribadah kerana Allah, insyaAllah.

    ...selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. Salam Saiazuan

    Alhamdulillah kalau dapat menunaikan haji atau umrah semasa muda, mudah untuk mengerjakan ibadah

    hasrat yg dipuji, utk hantar ibu bapa terlebih dahulu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Tn Hj Pesona

    Alhamdulillah...sekarang ni dah selesa, sebab dah besar dan tambah satu tingkat lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Pak Itam

    tandanya kena pergi sekali lagi
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Mama Ju

    saya cari kat google

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    Insyaallah
    dengan iman yg kuat

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. bila lah sy akan kesana.

    selamat hari merdeka dan selamat hari raya.

    atuk...jemput kerumah amik kad raya.

    ReplyDelete
  16. Salam Zue

    Insyaallah...suatu hari nanti

    terima kasih sudi beri kad raya

    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...