Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“ TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN MEMBAYAR CUKAI ”
(2 April 2010 / 17 Rabiulakhir 1431H)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan di atas masjid yang suci ini, saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “ Tanggungjawab dan Kewajipan Membayar Cukai”.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai sumber kekayaannya sendiri seperti bijih timah, petroleum, perhutanan, pertanian dan sebagainya bagi membiayai pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Pada tahun 2010 bajet yang diperuntukan untuk pembangunan negara dan rakyat berjumlah RM191.5 bilion. Menurut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji pungutan zakat pada tahun 2009 pula ialah sebanyak RM1.1 bilion. Menurut hukum Islam dan selari dengan prinsip siasah syariyyah, sesebuah negara mempunyai hak mewujudkan dasar cukai tertentu bagi menampung keperluan negara dan maslahah rakyat. Bagaimana pun dasar cukai itu hendaklah tidak membebankan rakyat jelata. Imam Abu Yusuf seorang ulama yang mahir dalam selok belok percukaian Islam menyatakan sesebuah negara boleh menaik atau menurunkan kadar cukai mengikut kemampuan rakyat. Pandangan Imam Abu Yusuf ini amat tepat kerana untuk mewujudkan dasar percukaian baru perlu dibuat kajian teliti supaya tidak membebankan rakyat dan pengguna terutama golongan dhaif dan miskin.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 177 :
Maksudnya:” Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta, orang yang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan kesakitan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar; dan mereka itulah juga orang yang bertakwa.”.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah
Salah satu cukai yang diwajibkan pemerintah kepada rakyat jelata ialah cukai tanah samada tanah yang menjadi tapak rumah kita atau tanah yang menjadi sumber pendapatan kita. Berdasarkan laporan Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan sehingga November 2009, negara mengalami tunggakan bayaran cukai tanah sebanyak RM 1.022 bilion. Pendedahan ini sewajarnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita mengenai pengurusan hal ehwal perbelanjaan keluarga kita. Apa yang merisaukan kita juga kadangkala timbunan hutang piutang telah menyekat peluang kita membayar zakat sebagai usaha membersihkan harta kita. Tunggakan hutang ini akan terus meningkat jika mereka yang terlibat berterusan menangguhkan membayar hutang. Bayangkan berapa banyak kerajaan kehilangan pendapatan akibat daripada budaya melengah-lengahkan bayaran cukai. Kesan buruknya banyak projek pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Sekiranya cukai dijelaskan, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk menyedia pelbagai keperluan asas kepada seluruh warganegara. Selain itu, hasil cukai juga boleh membantu golongan yang ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah SWT.
Adalah menjadi tanggungjawab semua warganegara berusaha membayar zakat dan cukai bagi membantu meningkatkan kesejahteraan negara dan masyarakat. Ketahuilah bahawa tidak membayar zakat dan cukai adalah satu bentuk hutang dan yang mesti dijelaskan. Sikap suka berhutang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan Kerajaan. Rakyat akan merana dan negara akan hancur disebabkan golongan yang cuai membayar hutang. Mereka yang berhutang tidak diampuni dosanya oleh Allah SWT Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan:
Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.”
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Pada dasarnya isu hutang berkait rapat dengan sikap amanah dan kebijaksanaan kita menguruskan perbelanjaan. Sifat amanah dilihat sebagai satu kontrak yang membuktikan semangat tolong menolong, kasih sayang dan ketinggian iman seseorang membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 283:
Maksudnya: “Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.”
Oleh itu, Islam telah menetapkan bahawa setiap individu muslim wajib melaksanakan amanah, bersifat jujur dan bijak dalam menguruskan perbelanjaan keluarga agar kita berkeupayaan menunaikan tanggungjawab seperti berzakat dan membayar hutang. Kebijaksanaan kita menunaikan tanggungjawab ini adalah sifat terpuji, mulia dan simbul orang yang beriman.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Selari dengan tanggungjawab ulama, maka mimbar menyeru semua pihak, marilah kita mengubah gaya hidup dengan bersegera membayar apa jua bentuk hutang-puitang termasuk cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya kerana dengan ini kita dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negara.
Mengakhiri khutbah, mimbar berpesan marilah sama-sama kita merebut peluang meningkatkan ketakwaan dengan menunaikan zakat dan bebaskan diri kita dengan bebenan timbunan hutang dengan bersegera membayar hutang mudaha-mudahan kehidupan kita mencapai nikmat ketenangan serta keredhaan Allah SWT Selagi hutang tidak dibayar samada yang berkaitan hak Allah dan hak manusia, maka kehidupan anak-anak dan keluarga kita juga turut mengalami tekanan hidup yang berterusan.
Maksudnya : Dan orang yang bakhil dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta ia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesusahan dan kesengsaraan.(surah Al-Lail ayat 8-10)
kalau baju raya dan segal persiapan raya dah lengkap sekalipun tanpa road tax mungkin tak merasa beraya di kg , tak merasa nak berjalan raya.
ReplyDeleteRtax saya tamat hari ini. Semalam baru renew ...
ReplyDeleteAssalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteRezeki kita, rezeki kereta juga hik!
salam atuk
ReplyDeletesib baik saya pakai moto cabuk roda 3 je
roadtax sehengget hehehehehehehe
Salam Kak Aya
ReplyDeletejanji dapat balik kampung
baju raya cari lepas raya...he he
terima kasih
Wassalam
Salam ckLah
ReplyDeletesame le kite
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummi
ReplyDeletekita nak gunakan dia kannn...
terima kasih
Wassalam
salam - syukur ada bonus boleh tampung bayar roadtax...kalau tak berbonus - roadtax tak berbayar - raya dalam rumah aje le Atuk !
ReplyDeleteWaalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeleteroda 3 dlm kebun tak payah Rtax ler
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Sonata
ReplyDeleteAlhamdulillah
boleh pergi melaka juga ...kan
he he
terima kasih
Wassalam
ramai yg komplain psl cukai mengatakan mahal, takpatut bayar la dan sebagainya, padahal diorng tak tahu fungsi cukai itu sendiri..
ReplyDeleteSalam Saiazuan
ReplyDeletekita kena tunaikan tangungjawab diatas muka bumi ini
terima kasih
Wassalam
Fuh..masak kalau nak kena byr roadtax + nak raya ni..huhuhu..seb bek kereta bulan lepas dah ganti roadtax.Nampak gaya next year kena sedia lebih lah duit.
ReplyDeleteKenangan Ramadhan Dulu-Dulu
Assalamualaikum,
ReplyDeleteroadtax dah selesai... jangan lupa service kereta tu... nak jalan jauh raya2 nanti :-) Selamatlah bonus...
Ingatan untuk semua & diri saya!
salam atuk
ReplyDeletesemoga segala urusan dipermudahkan
assalamualaikum abg : roadtax kete sy mati bulan 12 nnt, harap2 dpt la bonus lg kalau tak parah gak nak menghidupkannye
ReplyDeleteSalam AbahKhalisha
ReplyDeletetahun hadapan mukin kena time raya tu..kena beringat awal2 lagi
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Nae
ReplyDeleteservice dah bulan lepas...selamattttt
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam AZ
ReplyDeleteInsyaallah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletegunakan dgn duit raya yg diperolehi...he he
terima kasih
Wassalam
duit raya dah habis dah masa tuh...
ReplyDeletedh pakai kete 14 thn tp x pnh byar road tax pun. X caya tanye en ubai sbb sya dok dkat dgn kampong dia.
ReplyDeletewakakakakaaaaah.