بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hari ke tiga di Makkah, megerjakan Umrah untuk Allahyarham ayah saya dan isteri mengerjakan Umrah untuk Allahyarham bapanya. Kami bermiqat di Masjid Tanaeem Pengangkutan disediakan oleh pakej.
teman sebilik En Din, Tn. Hj. Rusol, Tn. Hj. Azman dan anak beliau Daneal
Masjid Tanaeem
Moga Allahyarham ayah dan bapa mertua saya menerima ganjarannya, ampunkan dosa dosa mereka, masukkan mereka dalam gulungan orang orang yang soleh, lapangkan kubur mereka serta teranggi kubur mereka dengan cahaya Syurga
amin
Hukum Haji Badal
Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur. Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari). Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia. Pahala Haji Badal Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).
Kesimpulan
Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.
Wassalam
Assalam Bro Rozali,
ReplyDeleteMASYALLAH..dapat dikerjkan umrah buat si AYAH ye...
assalamualaikum tuan...
ReplyDeletetrime kasih atas entri ini..semoga tuan sekeluarga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT
Assalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteAlhamdulillah, ummi Amin kan doa tu...
Salam
ReplyDeleteAl fatihah untuk arwah berdua.
Tkasih kerana penerangan haji badal itu.Faham cikgu.
Hj Rozali,
ReplyDeleteAmeen, ameeen, besar ganjaran pahala bila buat umrah untuk orang yang sudah tiada. Masih berbakti kepada orang sudah tiada, ini yang paling syahdu...subhanallah
ASKM.
ReplyDeleteSELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN SEMPURNA.
Waalaikumusalam Yan
ReplyDeleteInsyaallah balas jasa mereka
terima kasih
Wassalam
Salam Diana
ReplyDeletesalam ukhwah
saya doakan agar Diana disuatu hari nanti akan menjadi tetamu Nya juga
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Sahrom
ReplyDeletekesempatan memberi untuk mereka yg telah berjasa kpd kita
amin..
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteAlhamdulillah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeleteAlhamdulillah
anak murid yg bijak ...he he
terima kasih
Wassalam
Salam En Rosli
ReplyDeleteInsyaallah...mereka akan menerima ganjarannya
balas jasa mereka mana yg termampu
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam LF
ReplyDeletemoga amalan kita diterima oleh Allah
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteAlhamdullilah....dapat melaksanakan umrah bagi Allahyarham ayah Tn Hj......semuga ALLAH limpahkan ganjaran keatasnya dan dimasukkan bersama-sama orang-orang yang soleh....AMIN
Kurang jemaah di masjid Tanaeem didalam gambar tersebut....
Waalaikumusalam Tn Hj Pesona
ReplyDeletemana yg termampu untuk balas jasa mereka
memang kurang orang..bulan mei
sekarang ni...lebih drp musim hj
terima kasih
Wassalam
salam
ReplyDeletesemoga amalan sampai kepada mereka
salam
ReplyDeleteselamat berpuasa atok.
amin, smoga allahyarham menerima ganjarannya :)
ReplyDeleteassalamualaikum Atuk,
ReplyDeletemoga ganjarannya sampai kepada arwah
terima kasih kerana berkongsi tentang haji badal, sangat jelas
Assalam Atuk..
ReplyDeleteAkak dtg bertandang kejap kt sini...tmbah ilmu....lain kali akak dtg lagi ya..selamat berpuasa..