Thursday, August 18, 2011

Umrah Untuk Allahyarham Ayah-Umrah 2011-21

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ke tiga di Makkah, megerjakan Umrah untuk Allahyarham ayah saya dan isteri mengerjakan Umrah untuk Allahyarham bapanya. Kami bermiqat di Masjid Tanaeem Pengangkutan disediakan oleh pakej.

teman sebilik En Din, Tn. Hj. Rusol, Tn. Hj. Azman dan anak beliau Daneal

Masjid Tanaeem





Moga Allahyarham ayah dan bapa mertua saya menerima ganjarannya, ampunkan dosa dosa mereka, masukkan mereka dalam gulungan orang orang yang soleh, lapangkan kubur mereka serta teranggi kubur mereka dengan cahaya Syurga
amin


Hukum Haji Badal
Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur. Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari). Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia. Pahala Haji Badal Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Kesimpulan
Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.



Wassalam

21 comments:

  1. Assalam Bro Rozali,


    MASYALLAH..dapat dikerjkan umrah buat si AYAH ye...

    ReplyDelete
  2. amin...


    bila entah saya dapat pi...
    seronoknya..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan...

    trime kasih atas entri ini..semoga tuan sekeluarga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali;
    Alhamdulillah, ummi Amin kan doa tu...

    ReplyDelete
  5. Salam
    Al fatihah untuk arwah berdua.
    Tkasih kerana penerangan haji badal itu.Faham cikgu.

    ReplyDelete
  6. Hj Rozali,

    Ameen, ameeen, besar ganjaran pahala bila buat umrah untuk orang yang sudah tiada. Masih berbakti kepada orang sudah tiada, ini yang paling syahdu...subhanallah

    ReplyDelete
  7. ASKM.
    SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN SEMPURNA.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Yan

    Insyaallah balas jasa mereka

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Salam Diana

    salam ukhwah

    saya doakan agar Diana disuatu hari nanti akan menjadi tetamu Nya juga
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Sahrom

    kesempatan memberi untuk mereka yg telah berjasa kpd kita

    amin..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Ummiross

    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Mama Ju

    Alhamdulillah

    anak murid yg bijak ...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Salam En Rosli

    Insyaallah...mereka akan menerima ganjarannya
    balas jasa mereka mana yg termampu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam LF

    moga amalan kita diterima oleh Allah
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdullilah....dapat melaksanakan umrah bagi Allahyarham ayah Tn Hj......semuga ALLAH limpahkan ganjaran keatasnya dan dimasukkan bersama-sama orang-orang yang soleh....AMIN

    Kurang jemaah di masjid Tanaeem didalam gambar tersebut....

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Tn Hj Pesona

    mana yg termampu untuk balas jasa mereka

    memang kurang orang..bulan mei
    sekarang ni...lebih drp musim hj

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. salam

    semoga amalan sampai kepada mereka

    ReplyDelete
  18. amin, smoga allahyarham menerima ganjarannya :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Atuk,


    moga ganjarannya sampai kepada arwah

    terima kasih kerana berkongsi tentang haji badal, sangat jelas

    ReplyDelete
  20. Assalam Atuk..

    Akak dtg bertandang kejap kt sini...tmbah ilmu....lain kali akak dtg lagi ya..selamat berpuasa..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...