Thursday, September 6, 2012

Solat Hajat, Tahlil dan Beraya 1433


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada malam 31 Ogos, Jumaat yang lepas, kebetulan anak-anak ada berkumpul. Saya menjemput adik-adik datang kerumah untuk beraya.

Disamping membuat majlis bacaan Yasin, Tahlil, dan doa selamat. Serta Solat Hajat khas untuk anak dan anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.




” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.
Amin Ya Rabbalalamin..”



WASSALAM

2 comments:

  1. Salam...

    Atuk...anak Jun pun akan ambik periksa UPSR minggu depan. Doa yang terbaik buat anak2 saudara atuk moga2 diterangkan hati untuk jawab periksa.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Jun

    terima kasih atas doa2 tu dan
    saya doakan agar anak Jun memperolehi keputusan yg cemerlang nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...