بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Perkenalan dengan CL bermula daripada alam maya melalui PDKM
Kemudian menjalin ukhwah antara follower
serta adik CL bernama Ijam
Dapat berita melalui FB
terkejut dengan perubahan fizikal Ijam yang
kurus dan pucat
Pernah datang ke rumah saya tahun lepas
kerana menghantar pesanan Air Zam Zam
Mendengar cerita Ijam
Pada bulan April, mengalami demam tiga minggu berterusan. Bermula daripada situ, Ijam selalu berulang alik ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Baru-baru ini Ijam disahkan oleh doktor mengidap kanser daging dalam perut.
Semalam saya berkesempatan melawat Ijam di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Keadaannya masih kurus, pucat dan perutnya buncit.
Terpapar keceriaan di wajahnya apabila ada yang melawat
Daripada HKL, saya terus ke HERO Supermarket, Wangsa Maju, Seksyen 5, untuk membeli buah durian belanda. Kerana sudah lima hari Ijam tak dapat stok buah durian belanda. Alhamdulillah, ada rezeki Ijam.
Selain mendapat pahala sunnah kerana menziarahi orang yang sakit itu, di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu keafdhalan melawat atau menziarahi orang sakit, iaitu: kita didoakan kesejahteraan oleh para malaikat, pagi atau petang. Oleh kerana malaikat itu orang yang terhampir pada Allah (a.w) dan mereka makhluk yang tidak melakukan dosa dan sentiasa taatkan Allah (a.w) sudah pastilah doa malaikat itu mustajab:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda:
‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjenguknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’
[Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita melawat si sakit waktu pagi (atau petang), maka seramai 70,000 malaikat rahmat mendokan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita. Mereka sentiasa mendoakan kita sampai petang (atau waktu Subuh) jika kita menziarahi si sakit waktu pagi (atau waktu petang). Ketahuilah bahawa siapakah yang mendoakan kebaikan bagi kita dalam hidup kita? Tidak ramai di kalangan keluarga dan rakan taulan.
WASSALAM
asslm atuk..
ReplyDeletesemoga kawan atuk , en Ijam cepat sembuh....
wslm..
innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..semoga dia cepat sembuh..sesungguhnya sakit itu ujian Allah..sama2 kita doakan ye atuk..tabahnya dia..hmm
ReplyDeleteassalamualaikum atuk....semoga dia cepat2 sembuh yer...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk...
ReplyDeleteOoh adik CL..
Ummi doakan semoga Ijam kembali sembuh, harap Ijam dan CL juga tabah menghadapi ujian ini, teruskan berusaha dan berdoa.
Salam
ReplyDeletesemoga rakan atok akan beransur sembuh
Kalau x silap gambar yg mula2 tu CL kan?
ReplyDeleteSalam Atuk..
ReplyDeleteSemoga Ijam tabah hadapi ujian ini, dan saya doakan beliau sihat..
semoga sahabat atuk beransur baik
ReplyDeletetq info
Salamsejahtera,
ReplyDeleteDi doakan moga sihat dan tabah. Amin.
Semoga En Ijam tabah menerima dugaan dan diberikan peluang kembali sihat seperti sediakala...Allah maha pengasih Maha penyembuh....
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesama sama kita doakan agar ijam tabah menghadapi ujian yg berat ini dan Allah menyembuhkan penyakitnya ini kerana dia Maha Berkuasa atas segalanya
insyallah
Salam.
ReplyDeleteMoga Ijam dilindungi Allah selalu.. moga mendapat rahmat untuk disembuhkan segala kesakitan dalam ujian Allah ini.. Get Well soon..
*salam atuk, riben da jenguk sini*
assalamualaikum...
ReplyDeletesemoga Allah melindungi Ijam... semoga tabah menghadapi semua dugaan