بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang mengerjakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan Haji, disunatkan puasa hari Arafah.
Kelebihan/fadhilat puasa hari Arafah
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda saw. bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Didalam riwayat lain Nabi saw. bersabda
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para Malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”
Nabi s.a.w. bersabda;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim).
Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Niat puasa hari Arafah cukup dengan hanya
"Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Taala"
Insyaallah
kita berpuasa Sunat Arafah pada hari esok
Khamis, 9 Zulhijjah 1433 (25 Okt 2012)
WASSALAM
Insyaallah esok nak buat puasa sunat ini.
ReplyDeleteASSALAM..ATUK
ReplyDeleteTQ..ATAS PERKONGSIAN INI
INSYAALLAH...
Salam En.Atok.
ReplyDeleteInsya-Allah. Tapi sangat pasti saya tak berkesempatan.
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Dan peringatan.. :)
in sya Allah...
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk...
ReplyDeleteInsyaAllah sama2 kita berpuasa esok. Selamat hari raya buat Atuk sekeluarga.
Insya Allah Atuk...
ReplyDeleteassalamualaikum atuk...perkongsian info yg menarik ni dan boleh la kita sama2 berpuasa esok...;)
ReplyDeletebagus perkongsian nih...tq atuk...
ReplyDeletesalam sejahtera Tuk!
ReplyDeleteNak copy paste ek! bolehkan?
Moga kita dpt sama2 melakukan.
Like.
ReplyDeletesedih saya sbb terlepas peluang nak berpuasa hari nie huhuhu
ReplyDeleteselamat hari raya tuk !
Selamat hari raya Haji...
ReplyDeletesalam atuk
ReplyDeletealhamdulillah
dgn izin Allah, dapat kami sekeluarga sempurnakan