Monday, October 15, 2012

Muzium Kapal Selam, Melaka



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 adalah buatan Perancis, dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978 dan siap sepenuhnya pada 1979.

Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu pelancongan di negeri ini.

Di bawah "Project Ouessant Malaysia", seramai 156 krew pelatih TLDM terlibat dalam latihan menggunakan SMD Ouessant, yang berakhir secara rasmi pada 11 Julai, 2009. 
Ini adalah misi latihan terakhir buat SMD Ouessant.

Projek membaikpulih SMD Ouessant bermula secara rasmi pada 30 Okt, 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober, 2005 dan memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew kelas Perdana Menteri mulai 21 November, 2005 sehingga selesai pada 9 Julai 2009.

Panjang 67.57 meter, Tinggi 11.75 meter, Lebar 6.5 meter 
(Sumber dari Sinar Harian 18 April 2012)

Muzium Kapal Selam ini terletak di Muzium Maritim, berdekatan Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang, Melaka


Kesempatan yang ada semasa menghadiri bengkel koperasi minggu lepas. Kami merancang untuk melawat Muzium Kapal Selam.

Tapi nasib kami kurang baik kerana muzium sedang dalam kerja-kerja menaik taraf

Maklumat daripada pekerja di situ. Proses membuat 2 pintu masuk sebelah sisi kapal, untuk memudahkan pelawat masuk sendiri ke dalam kapal dan akan diadakan pakej bermalam di dalam kapal.





projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu Kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan. (BH 13/11/11)


 Dan kalau siap sepenuhnya nanti, kompleks Muzium Maritim di Melaka nanti mungkin akan kelihatan seperti bayangan di atas ni. Nampak gah jugak ye? 
Sumber : sembangbincang



Firman Allah swt.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

(Al-Hadid : 20)



WASSALAM

9 comments:

  1. assalamualaikum atuk :

    alahai, sedang renovasi ker? baru bercadang nak pi...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Boleh jadi destinasi sy suatu hari nanti.

    =D

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum atuk..

    menariknya kapal selam ni teringin sy nak terokai dlmmannya..suami sy pernah ikut misi kapal selam selama 2 tahun..tu yg buat sy teruja nak tahu apa yg ada dlm ni..

    ReplyDelete
  4. saya memang dah lama teringin nak ke melaka tuk .. last pergi dulu tgk dari bawah aje .. macam x der niat nak naik dan terokai ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    Harapnya, diorang ada buat akses untuk OKU..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum atuk..

    Ummi pun ada ke Melaka minggu lepas, lain kali bolehlah melawat muzium kapal selam ni pulak,insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Atuk.. terima kasih sudi singgah blog kita.. =)
    dah lama tak ke melaka.. isnyaAllah.. tarikan ini boleh menarik suami saya ke sana.. dia memang suka bab bab macam ni..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk..
    pakej utk bermalam?? woooo~~

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...