بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Malam semalam, sekolah tempat Azim belajar mengadakan solat hajat serta restu daripada ibubapa dan guru2.
Agenda bermula dengan solat Magrib berjemaah, bacaan Surah Yassin, solat Isya' berjemaah dan seterusnya solat hajat berjemaah, untuk sama2 bermohon agar Azim dan murid2 tahun 6 SKTP memperolehi keputusan UPSR dengan cemerlang. Kemudian ibu bapa menyuapkan kismis kepada anak masing2.
terutamanya semasa menghadapi peperiksaan UPSR
malam tadi, selepas Insya', STP pula mengadakan solat hajat dan bacaan Surah Yassin, untuk memohon kepada Allah agar mereka memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang, Insyaallah
tanda kesunguhan anak2 yang akan menduduki UPSR untuk keputusan yang cemerlang
sokongan daripada ibu bapa dan penduduk TP untuk memberi semangat kepada mereka
Moga Allah permudahkan Azim menghadapi peperiksaan UPSR yang didukinya pada hari selasa, rabu dan khamis ini, serta memperolehi keputusan yang cemerlang
DOA SOLAT HAJAT UNTUK PEPERIKSAAN
_________________________________
1. Mulakan setiap doa dengan isti3azah dan basmalah (A'uzubillah dan Bismillah)
2. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam
3. Bacalah pula doa memohon keampunan dosa diri sendiri dan kedua ibu bapa
4. Kemudian bacalah doa solat hajat yang masyhur dibaca dalam solat hajat biasa
5. Bacalah apa-apa sahaja doa yang anda tahu
6. Seterusnya bacakanlah doa ini dalam bahasa Melayu yang difahami oleh orang Melayu keseluruhannya:
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.
rujukan disni
Wassalam
assalamualaikum....semoga segala doa dan harapan akan membuat anak2 kita berjaya hendaknya ye...Amin...:)
ReplyDeleteAmin! Semoga Azim menjadi kebanggaan semua.
ReplyDeleteWaalaikumusalam Mama
ReplyDeleteAmin amin
moga anak2 kita berjaya dan senantiasa diatas landasan Allah
terima aksih
Wassalam
Salam Acik
ReplyDeleteamin amin amin
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Assalam Bro Rozali.
ReplyDeletesemoga anaknya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
bab maaf maaf tu yg tak tahan.. berjujuran air mata dibuatnya.
wasalam.
Waalaikumusalam Yan
ReplyDeleteAmin amin amin
bercucuran air mata tanda ikhlas
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteMoga dipermudahkan Allah dan Azim mendapat keputusan cemerlang.
Amin...!
salam..saya cedok doa ini utk program solat hajat
ReplyDelete