بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Syukur, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sambut Syawal tahun ini.
Bermula daripada hari ahad, 28 Ogos, selepas Zohor bertolak ke rumah Mak Mertua di K. Selangor mengikuti Lebuhraya Latar (masih free lagi, sekarang dah kena bayar).
Solat sunat tarawih disini 20 rakaat, kerana mereka tak ada tazkirah.
Hari Isnin membantu Mak Mertua merebus ketupat dan jadi tukang kacau buat rendang ayam pencen.
Hari Raya ke 2, bertolak pula ke kampung saya di Kampung Gajah, Subhanallah, tak pernah terjadi lagi, dari Kuala Selangor ke Tanjung Karang makan masa satu jam setengah, biasanya dalam 20 minit sahaja.
Hari Jumaat, selepas Magrib dan makan malam, kami bertolak semula ke KL, Alhamdulillah, berjalan lancar, 3 jam 45 minit dah sampai ke rumah.
Doa Kesyukuran
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"
(An-Naml : 19)
Wassalam
assalamualaikum abg : seronok beraya di kampung?
ReplyDeleteWaalaikumusalam Afeezz
ReplyDeleteAlhamdulillah
seronok...jumpa sanak saudara..
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum sdr Rozali..
ReplyDeletealhamdulillah telah selamat kembali ke rumah semula...
Waalaikumusalam Nyanyisunyi
ReplyDeleteAlhamdulillah
lepas ni nak uruskan hal anak2 pula
terima aksih
Wassalam
20 rakaat? penat tu, buat 8 pun dah penat.. :)
ReplyDeleteSalam Saiazuan
ReplyDeletekira2 penat juga
sebab dah biasa 8 rakaat..he he
terima kasih
Wassalam