بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Oleh kerana entry ini dah lama siap, sebelum raya lagi, dikesempatan ini saya siarkan juga. Ingatkan nak siarkan semasa berada di kampung, tapi paham paham ajer ler, line terlalu slow
Majlis Khatam Al Quran STP diadakan pada 27 Ramadhan yang lepas
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda
“Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim.
Peserta Tadarus dan jemaah STP
Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w
“Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.
Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w
“Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.
Kepada peserta Tadarus STP, kanak kanak diberi sumbangan sehelai kain pelaikat dan duit raya, peserta dewasa pula, kain pelaikat dan sehelai tuala mandi
Doa Khatam Al Quran
Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu. Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami dengannnya ke syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada seberang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.
Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi kita Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
rujukan: disini
Wassalam
2 perkara yg pernah ditinggalkn nabi kepada sahabat,
ReplyDeleteyang pandai berkata-kata, al-Quran
dan yang senyap, mati...
:)
Alhamdulillah, antara yang seronok di bulan Ramadhan ni adalah bertadarrus dengan kawan2..
ReplyDeleteAlhamdulillah antara aktiviti yang seronok di bulan ramadhan...
ReplyDeletenote: lame amy x singgah sini , atuk sihat. hari nie baru sempat update blog dan blogwalking setelah seminggu lebih biarkan bersawang
Assalammualaikum Tuan Haji Rozali
ReplyDeleteseronoknya tenguk mereka ni terutama yang kecik tu dah khatam al quran di bulan puasa. Tahniah buat mereka semua.
Aslkm Atuk
ReplyDeleteSejuk tgk anak2 tu ikut serta kat majlis tu.mudah2an mereka begitu sehingga dewasa.
Assalamualaikum Saiazuan
ReplyDeleteboleh dibuat pantuan
terima kasih
Wassalam
Salam Ummiross
ReplyDeletedisamping dapat membetulkan bacaan
terima kasih
Wassalam
Salam Amy
ReplyDeletedemi tugas, tak apa
seminggu belum sempat labah2 buat sarang... he he
saya sihat Alhamdulillah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Ina
ReplyDeletekemahuan mereka sendiri, budak2 tu...disamping utk dapatkan duit raya...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeleteInsyaallah
kita didik mereka drp kecil lagi
terima kasih
Wassalam
bebudak sekolah acikpun buat sebelum cuti raya ari tu ...
ReplyDeleteseronok!
Salam Diana
ReplyDeletedekat STP tu hari tak ada pulut kuning, makan kuih2 ajer
terima aksih
Wassalam
Salam Acik
ReplyDeletebudak2 yg membuatkan majlis jadi meriah...
terima aksih
Wassalam
Majlis yang menarik...
ReplyDeleteSalam Miecyber
ReplyDeletemoga diberkati Allah
terima kasih
Wassalam