Thursday, September 29, 2011

Terkenangkan Masjidil Haram-Umrah 2011-24


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Melihat bakal bakal menjadi tetamu Allah di dada akhbar, hati terus terkenangkan dan rindu kepada Masjidil Haram

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
jika aku melihat keindahan keagungan dan kemegahan masjid ini, ingin sekali aku diberi kesempatan lagi kesana Ya Allah untuk beribadah di tempat Mu yang suci. Aku rindu sekali Ya Allah.

Ya Allah, Ya Karim
Berilah hambaMu ini kesempaan untuk bersujud kepadaMu dirumahMu. Panggillah aku Ya Allah, panggillah keluargaku Ya Allah, Panggillah saudara mara ku Ya Allah, panggillah ssahabat sahabat ku Ya Allah, untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah

Murahkanlah rezeki kami untuk dapat sujud kepada Mu di rumah Mu Ya Allah

Amin Amin Amin Ya Rabbulamin







Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”

Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.

Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:

Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.



Wassalam

21 comments:

  1. Salam..

    huhu rindu juga utk bertamu lg ke sana..moga ada rezeki

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Kalamhati

    Insyaallah
    sama2 kita berdoa

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. kalau ada rezeki di waktu muda, akan segera ku ke sana :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada gambar didalam blog Tn Hj. ini hati terasa sayu dan teramat rindu terkenang akan masa-masa mengerjakan Umrah 2007 dan juga menunaikan Haji 2010 bersama isteri yang tidak boleh dilupakan......

    Ya ALLAH izinkan hambamu ini bersama keluarga untuk beribadah di Rumah Sucimu MH.......

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk;
    Semoga dimakbulkan doa, Amin...
    Cantik2nya gambar tu, memang tiap kali tiba musim haji, makin menggamit rindu...

    ReplyDelete
  6. salam - samalah juga dengan saya - terngiang2 berada di sana...insyaAllah jika dimurahkan rezeki akan ke sana untuk menunaikan umrah lagi - nak tunai haji ke 2 dapat tahun 2030 !

    ReplyDelete
  7. Salam Saiazuan

    itulah yg sebaik2nya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Tn Hj Pesona

    saya aminkan doa2 tu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Ummiross

    Insyaallah
    kita akan menjadi tetamuNya lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Cikgu Sonata

    Insyaallah
    akan dipercepatkan nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum
    siapa saja yg pernah ke sana pasti akan rindu utk ke sana lagi...InsyaAllah semoga ada rezeki dan kesempatan utk kita menjadi tetamu Allah lagi satu hari nanti...amin.

    ReplyDelete
  12. aLHAMDULILLAH TUAN HAJI DAH TUNAIKAN IBADAH RUKUN KE 5..
    DOAKAN SEMUA PEMBACA PUN ADA PELUANG ITU NANTI..

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Nieza

    Amin
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Nur

    Alhamdulillah

    ada saya doakan utk kawan2 tempuh hari

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum atuk..

    ALLAHU AKBAR
    ALLAH MAHA BESAR..

    ReplyDelete
  16. waalaikumusalam Sahrom

    tenangnya di rumah Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Tuan Hj,

    Amin...semoga Tuan Hj dpt gi sana lagi InsyaAllah. Dan doakan saya pula dpt ke sana soon!

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Yong

    Insyaallah
    kita akan menjadi tetamunya
    mukin bersama Mr T

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. skrg dah musim haji kan tok.. teringin nak pergi sana.. insyaALLAh..skrg tgh kumpul duit dr awal.. ermm.. suya bukan lembut hati tukk.. tp mmg sedih pun cerita tuuu

    ReplyDelete
  20. salam Suya

    anak kawan saya daftar tunai haji...20 tahun drp sekarang...jadi kalau Suya belum daftar..lebih baik daftar sekarang

    ps: tak sempat nak tenguk cerita tu...tapi, sesekali nak jeling juga cerita tu...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Salam,

    kalau atuk ke sana lagi, tolong doakan saya dimudahkan jalan untuk ke sana seperti atuk juga.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...