بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dahulu, dimeriahkan oleh anak anak dan sekarang mereka kebanyakannya dah ramai yang berhijrah keluar kerana menyambung pengajian masing masin, dan dah ada yang bekerja.
sekarang ini dah mula diserikan oleh cucu cucu pula
memohon kesihatan dan keselamatan memulakan acara
menu dibawa sedikit seorang, menu utama ada kalanya masak sendiri dan ada juga yang kita tempah
Menjamu selera sambil bercerita, masa ini la nak bertanyakan khabar dan perkembangan semasa. Hari biasa masing masing sibuk dengan aktiviti harian masing masing.
Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :
اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, “Bimbingan Mukmin” menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.
Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.
Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.
Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.
Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya
Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.
Wassalam
Assalamualaikum atuk
ReplyDeletesaya masih belajar nak berjiran ni..
salam atuk phd
ReplyDeletekalau macam ni, bgus sgt..
at least saling berukhuwah lagi antara jiran
Waalaikumusalam Noah
ReplyDeletebelajar dahulu tak pa
nanti bila dah berjiran terus priktikan...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Suya
ReplyDeletetengah ni Alhamdulillah..
bermuafakat...
terima kasih
Wassalam
sy kurang kenal jiran sbb kurang keluar rumah..
ReplyDeletesalam atuk
ReplyDeletealhamdulillah, jiran sepakat membawa berkat
Assalamualaikum Tuan Hj,
ReplyDeleteAlhamdulillah Tuan Hj dpt duk berjiran dgn jiran2 yg baik. Saya pun begitu jugak. Memang beruntung dpt iran yg baik, berhemah dan sabar. Kalau semua kejiranan macam ni, selamat rumahtangga dan ummmah.
Assalamualaikum Rozali..
ReplyDeleteinsyallah anak kamu boleh berjaya dalam upsr nanti.
assalamualaikum abg : sy tak terima lagi undangan ke open house.. uhuks...
ReplyDeleteAssalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteSeronok sungguh nampak suasana beraya di kediaman Rozali tu, jiran yang baik menenangkan hati...
Salam Saiazuan
ReplyDeletesaya masa bujang dulu pun kurang kenal jiran2...he he pemalu
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeleteAlhamdulillah
tapi dlm satu tangkai ada juga yg busuk
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Yong
ReplyDeleteAlhamdulillah
Syukur
tapi ada juga seorang dua yg tak berupa nak pakat
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Ina
ReplyDeleteAmin amin
atas berkat doa kak ina
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletehe he
saya tunggu ajer..open selalu
selayang ada ajak ke...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteAlhamdulillah
Syukur
terima kasih
Wassalam
salam,
ReplyDeleteperingatan yang sungguh baik terutama untuk saya yang tak reti nak peramah,
Waalaikumusalam Kak Aya
ReplyDeletenanti bertemu geng, misti jadi peramah...he he
terima kasih
Wassalam