Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.
Rujukan disini
waalaikumsalam atuk : wow... menarik, melawat menara kawalan KLIA...
ReplyDeleteLama juga saya tidak berkunjung di blog sahabat... gambar-gambarnya menarik
ReplyDeletenice trip atuk :D
ReplyDeletesalam
ReplyDeletegambar dalam keadaan gayat tu yg lucu....
Assalam Atuk,
ReplyDeleteWaa best best..
p/s: hampir tak kenal atuk tadi rupanya dah ada tumbuh misai hehehe oppss gurau je
Hj Rozali,
ReplyDeleteWah best tu....
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletesesekali, supaya kakitangan dapat pendedahan dunia luar selain drp keadaan kerja seharian di pejabat
terima kasih
Wassalam
Salam F4dLy
ReplyDeleteterima kasih sudi berkunjung
Wassalam
Salam Saiazuan
ReplyDeletememang menyeronokkan...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kamsiah
ReplyDeletehe he
bederau darah....
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Syima
ReplyDeletelawatan yg menarik
ps:hari ini raya, dah tebas dah... he he
terima kasih
Wassalam
Salam En Rosli
ReplyDeletememang best..
boleh lah pejabat en rosli buat lawatan ke sana
terima kasih
Wassalam
Assalamulaikum 'Atuk';
ReplyDeleteAras 28, tinggi tu, kalau ummi boleh gayat jadinya. KLIA memang cantik dan selesa....
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteada 1 tingkat lagi
Insyaallah, besok saya cerita lagi
terima kasih
Wassalam
as'salammualaikum atuk..
ReplyDeleteuish atuk tinggi tue kalau amy dah gayat dah tue..
Aslkm Atuk
ReplyDeleteUntungnya dpt melawat tpt tu..hehe bayangkan geng PDKM pun melawat kat situ...
salam, sy student electrical engineering, boleh sy tahu kt mna nk contact utk buat visit ke control tower KLIA ni? (:
ReplyDelete