Wednesday, September 21, 2011

Melawat Menara Kawalan Trafik Udara di KLIA-1/2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.


Rujukan disini


Hari selasa, 20 September 2011, berkesempatan mengikuti rubungan jabatan kami melawat Jabatan Penerbangan Awam, Kompleks Menara Kawalan Trafik Udara, KLIA, Sepang

menara kawalan trafik KLIA Sepang

menunggu diruang legar


menara kawalan dalam perancangan

kami desambut dan diberi penerangan oleh 2 orang Pegawai DCA
Encik Oii dan Puan Zurina

Menara Kawalan Trafik Udara KLIA ini
hanya mengawal trafik sekitar kawasan KLIA sahaja

kawalan trafik udara antarabangsa masih dikawal oleh menara di Lapangan Terbang Subang

pintu menuju ke menara daripada banguna pejabat

lorong antara bangunan pejabat dengan menara

sebelah dengan lif

lif hanya sampai ke aras 27 sahaja

aras 28, pandangan sekitar KLIA

pemandangan hadapan terminal utama KLIA

pembenaan sedang dijalankan untuk landasan yang ketiga
dalam Fasa 2

tunjuk arah agin




dalam keadaan gayat



[DoaVehicle.jpg]


Wassalam

17 comments:

  1. waalaikumsalam atuk : wow... menarik, melawat menara kawalan KLIA...

    ReplyDelete
  2. Lama juga saya tidak berkunjung di blog sahabat... gambar-gambarnya menarik

    ReplyDelete
  3. salam
    gambar dalam keadaan gayat tu yg lucu....

    ReplyDelete
  4. Assalam Atuk,

    Waa best best..

    p/s: hampir tak kenal atuk tadi rupanya dah ada tumbuh misai hehehe oppss gurau je

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Afeezz

    sesekali, supaya kakitangan dapat pendedahan dunia luar selain drp keadaan kerja seharian di pejabat

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam F4dLy

    terima kasih sudi berkunjung

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam Saiazuan

    memang menyeronokkan...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Kamsiah

    he he
    bederau darah....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Syima

    lawatan yg menarik

    ps:hari ini raya, dah tebas dah... he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam En Rosli

    memang best..
    boleh lah pejabat en rosli buat lawatan ke sana

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Assalamulaikum 'Atuk';
    Aras 28, tinggi tu, kalau ummi boleh gayat jadinya. KLIA memang cantik dan selesa....

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    ada 1 tingkat lagi
    Insyaallah, besok saya cerita lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. as'salammualaikum atuk..

    uish atuk tinggi tue kalau amy dah gayat dah tue..

    ReplyDelete
  14. Aslkm Atuk

    Untungnya dpt melawat tpt tu..hehe bayangkan geng PDKM pun melawat kat situ...

    ReplyDelete
  15. salam, sy student electrical engineering, boleh sy tahu kt mna nk contact utk buat visit ke control tower KLIA ni? (:

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...