Sunday, March 6, 2011

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nani


Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum



Artinya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”



Allah S.W.T berfirman :

"Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). maka kalau engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” .

QS Al-Anbiya ayat 34-35



Seorang sahabat, teman sepejabat yang pernah diceritakan disini
Siti Zubaidah atau Nani telah kembali kerahmatullah
pada pukul 6.00 pagi tadi di HKL
mengidap penyakit kanser paru paru tahap 4 dan
telah merebak ketulang belakang

Meninggalkan seorang suami dan 3 orang anak

anak bungsu yang baru berusia 7 bulan

Moga ruh allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dosanya
lapangkan dikubur, teranggi kuburnya dengan cahaya Syurga
masukkannya kedalam gulunggan orang orang yang solehah dan beriman

Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut:-
(Rujuk : Hasyiah Ibn Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 )

1. Sedekah harta dan yang sepertinya.
2. Doa & istighfar.
3. Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah:-

1. Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu berdoa: Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

2. Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

3. Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW ertinya: "Ya Rasulullah SAW,sesungguhnya ibuku telah meninggal. Adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? Nabi SAW menjawab: Ya"
-(Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

4. Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya: "Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedekahkan hartanya, maka dosanya boleh terhapus? Nabi menjwab : Ya"
- (Riwayat Muslim , Nasaie , Tirmidzi dan lain-lain)

Wassalam

27 comments:

  1. assalamualaikum atuk...... aifatihah utk arwah. moga ditempatkan bersama org2 yang beriman.........amin

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Rozali;

    Berita sedih di hari minggu, tapi Allah lebih menyayanginya, kepadaNya tempat kembali, moga rohnya dicucuri rahmat, al Fatihah...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat allahyarhamah nani....
    takziah utk suami dan anak2nya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum atuk...takziah utk keluarga allahyarhamah...

    ReplyDelete
  5. salam, semoga rohnya dicucuri rahmat..Alfatihah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum atuk..

    Takziah untuk Allahyarhamah.. Al-fatihah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk,

    Dari Allah kita datang kepadaNya juga kita kembali. Mengiikuti cerita Nani sejak tahun lepas. Tiba-tiba hari ini ia pergi menemui Ilahi. Kesian anak-anaknya.

    Al-fatihah....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk,,

    Al-Fatihah buat arwah Nani..semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman..InsyaAllah

    Wsalam

    ReplyDelete
  9. Salam Atuk,

    Sesungguhnya Allah lebih sygkan dia
    Smg rohnya ditempatkan bersama para solihin dan alimin..I/Allah

    ReplyDelete
  10. innalillah...sedihnya...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 beriman...

    ReplyDelete
  11. As Salam Atuk,

    terasa bagaikan baru semalam membaca kisah sedih nani.. dan tiba2 hari nie mendapat berita tentang kepulangannya kerahmatullah.. semoga Allah menempatkan rohnya bersama golongan para solihin.. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Atuk,

    innalillahi..... al-fatihah untuk arwah Nani, semoga kluarganya tabah dan redho dengan ujian ini

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah dan takziah dari kita jga...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Atuk,

    Sedih.. Al Fatihah..semoga roh nya ditempatkan bersama para solihin...aminnn...

    ReplyDelete
  15. as'salammualaikum atuk..

    al fatihah , semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin

    ReplyDelete
  16. moga rohnya dicucuri rahmat ..
    sedihnyaa anak dia masih kecil tuu huhuh

    ReplyDelete
  17. Salam cik rozali.

    Al fatihah buat nani...dan takziah buat suami, anak2 dan ahli keluarganya.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum Atuk
    alfatihah untuk allahyarhamah Siti Zubaidah,
    semoga rohnya aman di sana.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum tn hj,

    al-fatihah utk arwah..

    semoga rohnya ditempatkan dikalangan siddiqin dan solihin yg mendapat syafaat baginda SAW

    ReplyDelete
  20. Al Fatihah....kita bakal menyusulinya.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum atuk.. AL-FATIHAH untuk arwah kak nani. moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa.. AMIN

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam kawan2 semua

    saya rasa terharu dgn doa2, Al Fatihah ditujukan kpd Allahyarhamah kawan saya, Nani serta ingatan dan kata2 peransang utk keluarga Allahyarhamah
    saya bagi pihak suami dan keluarga Allahyarhamah, mengucapakan ribuan terima kasih yg terhingga kpd kawan2 semua

    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Salam Tuan Haji.. Alfatihah..
    dari:
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  24. Salam THR,

    Innalillahiwainnailaihirojiun
    salam takziah

    Semuga dicucri rahmat atas almarhumah nani dan diberikan ketabahan dan kesabaran kepada familynya..:)

    ( saya bercuti dan baru membaca dan terasa sebak sekali kerana pernah mmgenali aruah menerusi n3 tuan haji terdahulu..bagai semalam mengenal, kini di jemput pulang..betapa berat lagi dirinya menanggung ujian ini)
    AL FATIHAH

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...