Saturday, March 19, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah (Perkara yang sunat sebelum mayat dikebumikan) - Part 2/2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sambungan daripada N3 yang sebelum ini. Sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi daripada kursus yang kami hadir pada tempuh hari, untuk dikongsi bersama.

Ukuran dan cara memotong kain kapan

peralatan untuk menguruskan jenazah (tidak wajib)


cara cara memandikan mayat

cara cara mengapankan mayat


Perkara-Perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Mayat Dikebumikan

Bila sesaorang itu telah meninggal dunia, maka sunat bagi orang yang hadir dimajlis itu melakukan perkara seperti berikut:

1. Memejamkan kedua belah matanya.

2. Mengikat dagunya ke kepala dengan kain yang agak lebar sedikit dan bersih supaya mulutnya tidak ternganga dan tidak dimasuki oleh binatang-binatang kecil dan lain-lainnya.

3. Hendaklah diletakkan mayat tadi di tempat yang tinggi sedikit seperti katil dan sebagainya, dimana kakinya dilunjurkan kea rah kiblat dan kepalanya mistilah tinggi sedikit dari kakinya dengan diletakkan sesuatu alas di bawah kepalanya seperti bantal dan sebagainya.

4. Semua pakaian hendaklah ditanggalkan, dan ditutup seluruh badannya dari kaki hingga habis kepalanya dengan kain yang sederhana tebal serta dilipatkan tepi kain sebelah atas ke bawah kepalanya dan tepi kain sebelah bawah dilipatkan ke bawah hujung kakinya.

5. Kedua-dua belah tangan mayat itu hendaklah di atas dadanya, tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya seperti keadaan letak tangan semasa sembahyang, dan sebaik-baiknya tangannya itu diikat dengan kain supaya tidak terbuka dan tidak terkulai ke bawah. Dan sebelum itu hendaklah dilipatkan kedua-dua belah tangannya ke bahu, dan kakinya ke peha dengan perlahan-lahan beberapa kali supaya lembut sendi-sendinya dan mudah memandikannya.

6. Hendaklah diletakkan diatas perutnya sesuatu benda yang agak berat sedikit seperti besi dan sebagainya untuk menjaga perutnya supaya tidak membesar dan tidak buncit, tetapi janganlah diletakkan di atasnya Al Quran atau hadis.

Menguruskan Jenazah

Sesaorang yang telah nyata telah meninggal dunia, hedaklah diuruskan manyatnya dengan seberapa cepat. Jangan dilambat-lambatkan dan ditanguh-tanguhkan.

Sabda Rasulullah saw

“Segerakanlah oleh kamu menguruskan jenazah, jika mayat itu baik maka kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika mayat itu tidak baik, maka bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu”

Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah saw telah mengingatkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib

Sabda Rasulullah saw

“Wahai Ali! Tiga perkara jangan engkau lambatkan. Pertama, sembahyang bila waktunya telah masuk. Kedua, menguruskan jenazah bila ia telah hadir (ada) dan ketiga, ketika janda sudah ada orang yang sekufu meminangnya”

Jika seorang itu mati diwaktu malam, hendaklah dikebumikan di waktu siangnya sebelum masuk waktu zohor atau selepas zohor. Dan jika sesaorang itu mati di waktu pagi hendaklah dikebumikan sebelum masuk malam hari.

Tetapi jika sesaorang itu mati waktu petang, bolehlah diuruskan mayat itu pada keesokan harinya, jangan ditanam di waktu malam.

Sabda Rasulullah saw

“Jangan kamu kebumikan mayat itu di waktu malam, kecuali jika terpaksa”

Perkara-Perkara Yang Wajib Dilaksanakan

Bila sesaorang Islam meninggal dunia, maka fardu kifayah atas orang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Memandikan

2. Mengapankan

3. Menyembahyangkan

4. Mengkebumikan

Cabutan daripada buku Cara Pengurusan Jenazah Islam, terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Wassalam

32 comments:

  1. salam atuk...

    boleh mendatangkan keinsafan juga tengok orang kena kapan ni ye atuk...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Rozali;

    Ilmu macam ni penting sangat kan, apatah lagi bila kematian melibatkan kaum keluarga terdekat...

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam Sham

    memang menginsafkan

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Ummiross

    sekurang2nya peringkat awal kita boleh uruskan

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Teringin gak nak ikut serta. Tapi sometimes saya ni hati kecik.. tak tau kenapa...

    ReplyDelete
  6. salam

    sapa yg jadi dummy tu mesti cuak bila dikapankan

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam Yan

    mula2 kita rasa something
    tapi bila dah ramai2 tu
    Insyaallah
    beres

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Iman

    kalau saya memang tak sanggup
    tapi dia nampak macam selamba jer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum atuk

    pernah ikuti sekali kursus ni waktu zaman Uni dulu..dah lupa..tapi sekarang ni dah boleh refer kat blog atuk..

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Norh

    Alhamdulillah
    moga Allah memberkatinya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. yang mengikuti kursus ini orang2 lama...payah nak cari orang muda...galakkan orang2 muda...bukannya semua orang boleh @ sanggup mengikuti kursus ini...( ade penakut kot ! )

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Sekarang tidak ramai yang berminat mengetahui cara pengurusan jenazah. Antara sebab utama ialah kerana telah ada kumpulan tertentu terutama dari jk masjid yang bertanggungjawab penuh ke atas jenazah ini.

    Semoga selepas ini berlaku anjakan paradigma, bukan hanya golongan masjid atau para ustaz sahaja yang perlu tahu mengenai pengurusan jenazah...

    TQ

    ReplyDelete
  14. Salam Cikgu Sonata

    Alhamdulillah
    peserta tu hari ada budak2 muda

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Cikgu Lai

    mukin faktuk ongkosnya, tak diberi peluang orang lain nak membantu

    ada pernah terdengar di hkl
    sampai berebut2 nak menguruskan jenazah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cik Rozali,
    sy penah ikut kursus mcm ni...mmg menginsafkan...

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Azharr

    Alhamdulillah
    sekurang2nya kita ada ilmu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. trm ksh, info yg amat berguna.

    suka tengok ramai yg berminat nak pelajari ini semua...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum atuk..

    trime kasih bekongsi info ini..saya lum ada kesempatan untuk hadir kursus ini..insyaAllah jika ada peluang, teringin saya join

    ReplyDelete
  20. makasih ustaz, x jumpa lagi blogger yang nak menulis mcm ni. terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. gud info bro .. thanx sudi share :))

    ReplyDelete
  22. salam
    saya pasti yg 'jadi mayat' tu mengigil....insaf..

    ReplyDelete
  23. Salam THR,

    Teringat pulak lagu..bila izrail datang memanggil, jasad terbujur dipembaringan.......

    semuga sempurnaalah peranan yang hidup untuk si mati...apa kita kata pada mayat ini....BAIKKKKKK. Amin

    terima kasih ats perkongsian

    ReplyDelete
  24. InsyaAllah..satu hari nanti Alin pun nak ikuti kursus pengurusan jenazah ni...

    Seumur hidup baru pernah sekali mandikan org meninggal..arwah nenek..tapi rasa2 alin tak cukup kot Abg rozali..nanti asyik meleleh jek air mata nie...

    ReplyDelete
  25. Salam URY

    ramai yg ada kesedaran

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Sahrom

    selalunya pihak masjid/surau yg menganjurkan kursus sebegini

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Salam Khairul Hakimin

    terima kasih juga sudi menjenguk PHD
    sudi sudikan dilain kali

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Salam Ieda

    terima kasih

    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Kamsiah

    nampak dia kul ajer
    kalau saya...tak tahu le

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  30. Waalaikumusalam Ain

    kalau tak silap kumpulan Al Jawahir
    pernah diharamkan lagu ni dahulu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  31. Salam Alin

    kena hadir .. kursus sebegini
    sekurang2nya kita tidak kekok

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  32. masih ramai yg tak ambil berat perkara2 penting begini.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...