Assalamualaikum
Sambungan daripada N3 yang sebelum ini. Sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi daripada kursus yang kami hadir pada tempuh hari, untuk dikongsi bersama.
Ukuran dan cara memotong kain kapan
peralatan untuk menguruskan jenazah (tidak wajib)
cara cara memandikan mayat
cara cara mengapankan mayat
Perkara-Perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Mayat Dikebumikan
Bila sesaorang itu telah meninggal dunia, maka sunat bagi orang yang hadir dimajlis itu melakukan perkara seperti berikut:
1. Memejamkan kedua belah matanya.
2. Mengikat dagunya ke kepala dengan kain yang agak lebar sedikit dan bersih supaya mulutnya tidak ternganga dan tidak dimasuki oleh binatang-binatang kecil dan lain-lainnya.
3. Hendaklah diletakkan mayat tadi di tempat yang tinggi sedikit seperti katil dan sebagainya, dimana kakinya dilunjurkan kea rah kiblat dan kepalanya mistilah tinggi sedikit dari kakinya dengan diletakkan sesuatu alas di bawah kepalanya seperti bantal dan sebagainya.
4. Semua pakaian hendaklah ditanggalkan, dan ditutup seluruh badannya dari kaki hingga habis kepalanya dengan kain yang sederhana tebal serta dilipatkan tepi kain sebelah atas ke bawah kepalanya dan tepi kain sebelah bawah dilipatkan ke bawah hujung kakinya.
5. Kedua-dua belah tangan mayat itu hendaklah di atas dadanya, tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya seperti keadaan letak tangan semasa sembahyang, dan sebaik-baiknya tangannya itu diikat dengan kain supaya tidak terbuka dan tidak terkulai ke bawah. Dan sebelum itu hendaklah dilipatkan kedua-dua belah tangannya ke bahu, dan kakinya ke peha dengan perlahan-lahan beberapa kali supaya lembut sendi-sendinya dan mudah memandikannya.
6. Hendaklah diletakkan diatas perutnya sesuatu benda yang agak berat sedikit seperti besi dan sebagainya untuk menjaga perutnya supaya tidak membesar dan tidak buncit, tetapi janganlah diletakkan di atasnya Al Quran atau hadis.
Menguruskan Jenazah
Sesaorang yang telah nyata telah meninggal dunia, hedaklah diuruskan manyatnya dengan seberapa cepat. Jangan dilambat-lambatkan dan ditanguh-tanguhkan.
Sabda Rasulullah saw
“Segerakanlah oleh kamu menguruskan jenazah, jika mayat itu baik maka kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika mayat itu tidak baik, maka bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu”
Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah saw telah mengingatkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib
Sabda Rasulullah saw
“Wahai Ali! Tiga perkara jangan engkau lambatkan. Pertama, sembahyang bila waktunya telah masuk. Kedua, menguruskan jenazah bila ia telah hadir (ada) dan ketiga, ketika janda sudah ada orang yang sekufu meminangnya”
Jika seorang itu mati diwaktu malam, hendaklah dikebumikan di waktu siangnya sebelum masuk waktu zohor atau selepas zohor. Dan jika sesaorang itu mati di waktu pagi hendaklah dikebumikan sebelum masuk malam hari.
Tetapi jika sesaorang itu mati waktu petang, bolehlah diuruskan mayat itu pada keesokan harinya, jangan ditanam di waktu malam.
Sabda Rasulullah saw
“Jangan kamu kebumikan mayat itu di waktu malam, kecuali jika terpaksa”
Perkara-Perkara Yang Wajib Dilaksanakan
Bila sesaorang Islam meninggal dunia, maka fardu kifayah atas orang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:
1. Memandikan
2. Mengapankan
3. Menyembahyangkan
4. Mengkebumikan
Wassalam
salam atuk...
ReplyDeleteboleh mendatangkan keinsafan juga tengok orang kena kapan ni ye atuk...
Assalamualaikum Rozali;
ReplyDeleteIlmu macam ni penting sangat kan, apatah lagi bila kematian melibatkan kaum keluarga terdekat...
Wassalam
Waalaikumusalam Sham
ReplyDeletememang menginsafkan
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletesekurang2nya peringkat awal kita boleh uruskan
Wassalam
Teringin gak nak ikut serta. Tapi sometimes saya ni hati kecik.. tak tau kenapa...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesapa yg jadi dummy tu mesti cuak bila dikapankan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Yan
ReplyDeletemula2 kita rasa something
tapi bila dah ramai2 tu
Insyaallah
beres
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Iman
ReplyDeletekalau saya memang tak sanggup
tapi dia nampak macam selamba jer
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum atuk
ReplyDeletepernah ikuti sekali kursus ni waktu zaman Uni dulu..dah lupa..tapi sekarang ni dah boleh refer kat blog atuk..
Waalaikumusalam Norh
ReplyDeleteAlhamdulillah
moga Allah memberkatinya
terima kasih
Wassalam
yang mengikuti kursus ini orang2 lama...payah nak cari orang muda...galakkan orang2 muda...bukannya semua orang boleh @ sanggup mengikuti kursus ini...( ade penakut kot ! )
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSekarang tidak ramai yang berminat mengetahui cara pengurusan jenazah. Antara sebab utama ialah kerana telah ada kumpulan tertentu terutama dari jk masjid yang bertanggungjawab penuh ke atas jenazah ini.
Semoga selepas ini berlaku anjakan paradigma, bukan hanya golongan masjid atau para ustaz sahaja yang perlu tahu mengenai pengurusan jenazah...
TQ
Salam Cikgu Sonata
ReplyDeleteAlhamdulillah
peserta tu hari ada budak2 muda
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Lai
ReplyDeletemukin faktuk ongkosnya, tak diberi peluang orang lain nak membantu
ada pernah terdengar di hkl
sampai berebut2 nak menguruskan jenazah
terima kasih
Wassalam
assalamualaikum cik Rozali,
ReplyDeletesy penah ikut kursus mcm ni...mmg menginsafkan...
Waalaikumusalam Azharr
ReplyDeleteAlhamdulillah
sekurang2nya kita ada ilmu
terima kasih
Wassalam
trm ksh, info yg amat berguna.
ReplyDeletesuka tengok ramai yg berminat nak pelajari ini semua...
assalamualaikum atuk..
ReplyDeletetrime kasih bekongsi info ini..saya lum ada kesempatan untuk hadir kursus ini..insyaAllah jika ada peluang, teringin saya join
makasih ustaz, x jumpa lagi blogger yang nak menulis mcm ni. terima kasih :)
ReplyDeletegud info bro .. thanx sudi share :))
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya pasti yg 'jadi mayat' tu mengigil....insaf..
Salam THR,
ReplyDeleteTeringat pulak lagu..bila izrail datang memanggil, jasad terbujur dipembaringan.......
semuga sempurnaalah peranan yang hidup untuk si mati...apa kita kata pada mayat ini....BAIKKKKKK. Amin
terima kasih ats perkongsian
InsyaAllah..satu hari nanti Alin pun nak ikuti kursus pengurusan jenazah ni...
ReplyDeleteSeumur hidup baru pernah sekali mandikan org meninggal..arwah nenek..tapi rasa2 alin tak cukup kot Abg rozali..nanti asyik meleleh jek air mata nie...
Salam URY
ReplyDeleteramai yg ada kesedaran
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Sahrom
ReplyDeleteselalunya pihak masjid/surau yg menganjurkan kursus sebegini
terima kasih
Wassalam
Salam Khairul Hakimin
ReplyDeleteterima kasih juga sudi menjenguk PHD
sudi sudikan dilain kali
terima kasih
Wassalam
Salam Ieda
ReplyDeleteterima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kamsiah
ReplyDeletenampak dia kul ajer
kalau saya...tak tahu le
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeletekalau tak silap kumpulan Al Jawahir
pernah diharamkan lagu ni dahulu
terima kasih
Wassalam
Salam Alin
ReplyDeletekena hadir .. kursus sebegini
sekurang2nya kita tidak kekok
terima kasih
Wassalam
masih ramai yg tak ambil berat perkara2 penting begini.
ReplyDelete