Monday, March 28, 2011

Ayam Golek di Majlis Walimah

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sedang bersiap-siap pada pagi minggu semalam, untuk balik ke kampung, kerana memenuhi undangan walimah anak jiran mertua.
Terima sms daripada Tuan Haji Ayah Zain, sahabat alam maya, yang telah kunjung mengunjung sesama sendiri, bertanyakan khabar. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan itu, moga ukhwah berpanjangan.

Menu utamanya, ayam golek
Malu nak cerita, tambah nasi....., tambah ayam.......

Bau yang mengancam, masuk kedalam rumah, kerana
dapur pembakar ayam terletak dihadapan rumah mertua

Menggunakan kuasa bateri kereta untuk memusingkan ayam

Sungguh meriah, satu kampung turun,
untuk pesedian makanan serta menjayakan majlis ini


ini tempat parking kereta saya apabila balik ke kampung
menumpang dihadapan rumah bapa pengantin

Doa Untuk Pengantin

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Wassalam

30 comments:

  1. Assallamualaikum Rozali,

    Wah..kenduri dijamu ayam golek..hebat kenduri yer...

    kelainan dalam hidangan kenduri ni..hadirin tentu tak jemu, kerana selalunya jamuan kenduri seakan2 serupa saja lauk pauknya. Bagus sgt

    ReplyDelete
  2. salams THR,

    Amin Ya Robb.. berbahagialah pasangan yang diraikan selamanya.
    Alhamdulillah..rezeki ayam golek noo...pulun sakan lah yer:)

    indahnya suasana kenduri di kg..bila kejiranan masih utuh dan semangat kekeluargaan masih segar.

    terimakasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Ayam golek di majlis walimah,
    Rasa nak tempah.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Mama Nadz

    itu yg bertambah tu...
    dah biasa, jiran, tak malu ler
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Ain

    amin ...moga bahagia berterusan

    suasana semacam itu
    payah nak ada di kl ni

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    jarang2 dapat macam tuuu
    selalunya ayam masak merah ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Rozali;

    Ini yang kecur airliur ni, tambah meriah jiran2 bergotong royong, rasa nak tumpang dua kaki...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ummiross

    he he
    mai balik semenanjung
    boleh kita perkena ayam golek

    terima kasih
    wassalam

    ReplyDelete
  9. wah2 bro .. x menahan tgk ayam golek tuu .. waaa majlis kawin ada ayam golek ! .. sungguh2 meriah nie :))

    ReplyDelete
  10. tak pernah gi kenduri dijamu dengan ayam golek...memang patut pun bertambah2....!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum atuk..

    kalau saya pegi kenduri ni, ayam ja bertambah, nasi tak mau..he he
    tapi tak pernah merasa lagi kenduri mcm ni..

    ReplyDelete
  12. Aslkm

    Wah glamournya majlis kawin ada ayam golek..tak pernah dgr ni...moga pengantin sentiasa diberkati Allah.Amin.

    ReplyDelete
  13. ish... nasi dgn ayam je dah cukup. letak sambal sekali.

    ReplyDelete
  14. Salam cik rozali

    Wah sedapnya ayam golek tu..sekarang ni trend kenduri kawin ada menu ayam golek ngan kambing golek...lakk..kan hehheheh
    sesekalu tukar selera best tu...
    menu ringkas dan berkhasiat...

    ReplyDelete
  15. salam atuk..

    Mak ai sodap eh , tengok ayam tue tergolek2..kat sini jarang dapat makan ayam macam tue , selalu ayam percik je...

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ieda

    meriah sikit sebab anak sulung dia

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam Cikgu Sonata

    ini kali kedua majlis walimah jamu ayam golek
    pertama, tahun lepas, di ampang

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Norh

    saya jeling kiri kanan
    ramai yg buat macam tu...
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Mama Ju

    anak sulung, perempuan, kerja dekat dgn kampung, jadi, dapat simpan duit lebih sikit, jamu lebih sikit ler..

    Amin amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Salam Adzriel

    memang boleh bertambah2 tu
    tapi majlis orang
    tak boleh tambah banyak sangat
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Shami

    kalau menu kambing golek..tambah2 pak ngah punya...puhhhhhhhhhhhh
    mabeles...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Amy

    memang sodap
    hingga menjilat jari...
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Sekarang ni maybe dah trend org buat majlis guna ayam golek. Kali pertma attended di Sg Buluh. Now tgk Bro lak p..

    ReplyDelete
  24. Salam Yan

    itu yg bertambah semangat nak pergi kenduri walimah...
    he he

    mukin nak kurangkan makanan beminyak

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. salam atuk...

    waa 1st time jumpa kenduri kawin hidang ayam golek ni...rugi tak pergi ni...hee

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Sham

    kalau nak ramai orang datang
    kena tulis menu..ayam golek dlm kad jemputan...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum atuk : sedap ayam golek tuh, klu tak malu mau rebat sekor dua makan dalam rumah sorang2... hehee

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam Afeezz

    he he..
    nasib baik kat rumah orang
    kalau tidak, malu orang kampung

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. salam atuk

    rasanya dah jadi trend sekarang ni psl hari tu pun masa saya pegi jemputan kawin kat rumah, teperanjat siap ada van ayam golek tepi khemah hehehe

    ReplyDelete
  30. Waalaikumusalam Pak Itam

    sekarang ni semua masing2 nak kurangkan kalestrol

    bagus juga macam tu
    ubah selera

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...