Assalamualaikum
Dua hari lepas menemani kawan sepejabat pergi membuat penjajaran tayar keretanya. Sekadar menemani sahaja, kerana bab kereta ni memang saya tak tahu langsung. Kalau kereta saya ada masaalah, saya akan mengadu hal kepada seorang kawan di seksyen lain, yang membuat part time sebagai pomen di kawasan rumahnya.
peralatan sekarang dah bertambah morden
menggunakan sensor, tak ada wayer lagi
Ini sedikit panduan yang saya copy dari blog Sharimi.
banyak terdapat panduan untuk menjaga kereta dalam blog beliau
Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Sumber maklumat: https://sharimi.wordpress.com/2009/10/10/tip-tip-penjagaan-kereta/
erm agaknyer la kan tuk, kete suya pun nak kena buat alignment . lama dah tak buat.. stereng mmg rasa berat pun sekarang.. Esok nak pergi chek lah.. Thanx info ni
ReplyDeleteSalam Suya
ReplyDeleteberingat sebelum kena
eluk buat sebelum balik kg tuuu
terima kasih
Wassalam
Amy sekarang semua x amek tau dah semua hubby yang buat huhuhu...
ReplyDeletememang canggih kan .. lepas ini kalau wanita sendiri nak pi buat alligment x perlu ada org lelaki :)
ReplyDeleteps : thanx bro bagi kata2 semangat buat ieda .. sungguh ieda hargai ...
Assalammualikom wtb Tuan Rozali. Apa kabar. Waktu kerja pun sempat membaiki kereta ya.
ReplyDelete2 minggu lepas baru pergi buat alignment dan Blancing tayar. Sangat penting tayar ini.
JazakaAllah
Salam cik rozali.
ReplyDeleteSelalu ikut suami p aligment kete..tolong tgok jer heheheh
Assalamualaikum Rozali
ReplyDeleteummiross pun tak tau ape2 pasal kereta ni, tau naik je...
Assallamualaikum Rozali,
ReplyDeleteWah bab kereta ni, mama fail terus..kalu ada apa-apa masalah babah yang tolong bawa ke bengkel.
mama tahu pam minyak jer...
nak kena buat juga ni..lama dah tak buat
ReplyDeletemasa mengajar di cameron dulu,dalam sebulan dua mesti buat aligment...kalau tidak tayar botak sebelah...
ReplyDeleteSalam Amy
ReplyDeletebagus hubby yer
tanda dia sayang la tu
terima kasih
Wassalam
Salam Ieda
ReplyDeleteperempuan sekarang ni dah maju...
kadang2 dia lebih tahu lagi
ps:banyakan memohon drp Nya
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam MI
ReplyDeletehe he...dah nak dekat waktu rehat...
penjagaan yg rafi...Insyaallah selamat
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Shami
ReplyDeletenanti selalu ikut, lama2 tahu ler
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletetapa ummi...janji kami sampai kat sana, ummi bawa kami jalan satu bandar kuching....he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Nadz
ReplyDeleteterima kasih babah, kerana tolong mama saya....
terima kasih
Wassalam
Salam Iman
ReplyDeletekena buat tu..
nak cuti sekolah ni..misti jln jauh
terima kasih
Wassalam
Salam Sham
ReplyDeletemisti lah tuuu
jalannya bengkang bengkuk
kalau tidak...bahaya tuuu
terima kasih
Wassalam
asben sy sll paksa sy ikut dia g repair keta..... malas sungguh nak ikut. tak minat ;p
ReplyDeletetp asben sy kata, buat alignment gunakan komputer tu x brp best compared to guna wayar mcm dulu2. kualiti nya tak sama, yg lama lagi bagus
Salam Mak Su
ReplyDeletetemankan ler
kan dulu janji semua bersama...he he
mukin ada benarnya
contoh...tukangan tangan dgn msin ..
lebih baik buatan tangan
terima kasih
Wassalam
Salam,
ReplyDeleteSelalu mmg tak pernah amik tau pasal keta nih..huhu. Baca info ni 2-3 kali tak paham jugak. Nampaknya kena serah dkt hasben aje..hehe
Waalaikumusalam Normaliza
ReplyDeletekesian hasben
he he
Salam Tuan Haji.. itukah sebabnya ye.. terima kasih info yang menarik dan berguna.. Terutama kepada wanita ni..
ReplyDeleteALL IN ONE
Salam THR,
ReplyDeleteuntung ye ada personal pomen..Dapat pula khdmat nasihat .
Terima kasih ats perkongsian info ini..Amat2 berguna untuk mnjamin keselamatan dan keselesaan dalm pemanduan berhemah.