Thursday, March 3, 2011

Rumah Hanger

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sementara menunggu lampu isyarat merah disimpang empat
Taman Equine, Sri Kenbangan,
bersebelahan dengan JJ shopping center

pada petang ahad yang lepas
cepat cepat capai kamera

tenguk ada rumah dua alam......he he he

seperti biasa, terletak atas tanah

kalau dah boring.....boleh gantung kat mana mana...

Sabda Rasulullah saw

"Rumah yang di dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang- bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi."
(Riwayat Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran. Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir, puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar, pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.

Tentulah Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang melimpah-ruah hingga rumah benar-benar menjadi `syurga' dalam kehidupan sementara di dunia! Insya-Allah.

Wassalam

37 comments:

  1. assalamualaikum,

    buruk-buruk pun rumah sendiri....rumahku syurgaku.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    moga2 drp rumah akan lahir insan2 yang soleh

    ReplyDelete
  3. Salam Atuk,

    Betul tu..apalah ertinya nilai rumah yg berjuta2 andai ianya tiada cahaya dan sunyi dari alunan ayat2 suci Al-Quran..

    Semoga kita semua menjadikan Al-Quran teman setiap masa & bibir kita sentiasa dibasahi ayat2 Al-Quran..dengan ini semuanya akan memjadi tenang..

    Wsalam

    ReplyDelete
  4. saya masih tinggal di kuarters..bilalah agaknya nak berumah sendiri

    ReplyDelete
  5. Assalaumualaikum Rozali;

    Hehe kat mana nak gantung rumah tu ye..

    Nikmatnya membaca Al Quran, menenangkan jiwa, rahmat dan barakah untuk seiisi keluarga

    wassalam

    ReplyDelete
  6. salam atuk phd
    hehehe memula tak perasan tang mana hanger nyer.. tapi kelakar gak la.. nak hang kat mana?

    atuk, thnx for the comment. InsyaALLAH, dah stabil nt kami kahwin kalau ditetapkan jodoh.. insyaALLAh

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk : penat dok tengok aper yg dua alam tuh. last2 baru paham. ade macam penyangkut baju plak yer... hahaha

    ReplyDelete
  8. waduh2 jenuh amy lihat gambar , mula2 sangka amy x faham ke atau amy salah faham tapi last2 baru tau..kelakaw betul la..

    ReplyDelete
  9. salammm aduhh jenuh jugak saya cari brooo .. ekekk saboor jerlahhh :)

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Azima

    biar besar, indah, kemas serta disinari dgn alunan Al Quran

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Iman

    Insyaallah ...ada tuuu
    sekarang loan rumah dah tinggi
    boleh beli banglo...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    mukin kat tiang letrik kut..he he

    Insyaallah dapat kenanggan dan Rahmat drpNya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Afeezz

    sorry afeezz
    sesekali pekena kekawan..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Amy

    maaf yer amy
    sesekali mengusik kekawan..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ieda

    minta maaf banyak2
    bukan apa
    suruh lama2 sikit kat teratak phd ..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Suya

    masa ambil gambar tuuu
    anak2 pun heran
    apa le kena ayah ku niiii...he he


    jangan lupa jemput saya yerrr

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. salam atuk...

    seri kembangan ke?sejak bila sri kembangan ada JJ...wah lama betul tak kesana...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum Atuk,

    bagus juga kan, boring tinggal atas tanah, boleh gantung pulak kat atas...

    eh Atuk, kalau dah gantung, camna nak turun, ada tangga tak tu....hehehe

    beruntung rumah yang sentiasa dialuni dengan ayat-ayat suci Al-Quran

    ReplyDelete
  19. salam atok,

    hehehe critical thinking sungguh mesej yg nak disampaikan..mujur dpt tangkap ahaks

    ReplyDelete
  20. Salam Atuk,

    Insyaallah mari kita sama2 memeriahkan rumah kita sebagai yang atuk warwarkan ....terima kasih atuk..memang terasa keindahannya..

    ReplyDelete
  21. Assalammaualikom wtb saudara Rozalai. Khaifahaluka?
    Selamat Hari Jumaat. Ana singgah sebentar disini.

    Seronok berjalan-jalan lihat keagungan ciptaan Allah.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum cik Rozali,
    rumah ker restoren?...hehe

    ReplyDelete
  23. comeynye bende pink dlm kete tuuu...hehe

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Sham

    lama dah, rasa2 4 - 5 tahun

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam Ibuintan

    he he
    pakai tikar terbang
    macam bujang lapok...

    Insyaallah
    kita baca setiap hari

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Syima

    student misti bijak ...kan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam Kak Sidah

    Al Quran penerang alam
    Allah tidak akan mungkir janjiNya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam MI

    terima kasih, selalu ziarah phd

    setiap apa yg dicipta oleh Allah tidak akan ada sia2nya

    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Azharr

    mukin restoran kut
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  30. Salam Amy Sensei

    he he
    tak tahu la
    anak punya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  31. Assalam Bro Rozali,

    ALHAMDULLILAH dapat duduk rumah sendiri setelah 7 tahun berumah tangga. Kws pun aman (shah alam). Banyak sekolah agama utk anak2.

    ReplyDelete
  32. Salam Cikgu Sonata

    macam sangkar burung pulak...
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  33. Waalaikumusalam Yan

    Alhamdulillah
    tu tempat orang2 kaya jer tuuu

    sekarang ni dibandar banyak didirikan sekolah agama..Syukur

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  34. eh, atuk duk kat taman equine ke?..

    ReplyDelete
  35. Salam..Jemput sertai Forum komuniti Bandar Putra Permai di
    E-Komuniti Bandar Putra Permai dan dapatkan info terkini kejiranan, aduan, cadangan, iklan servis dan perkhidmatan anda.

    ReplyDelete
  36. hi there.. Lets join us at Bandar Putra Permai Community Forum and get update on all activities all around our community. Put your ads, service & share your opinion on our community

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...