Tuesday, March 15, 2011

Memenuhi Undangan Walimatul Urus

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Cuti sekolah sinonim dengan majlis kenduri. Hari sabtu yang lepas, selepas zohor, memenuhi jemputan kenduri aqiqah cucu salah seorang Imam surau. Sedap masakannya, maklumlah kambing masak kari. Satu lagi jemputan walimatul urus di kuarters, Jalan Cochrane.

Hari ahad pula menunaikan hajat kawan isteri yang menyempurnakan walimatul urus anak perempuan beliau di kuarters guru, Gombak. Istimewanya dimajlis ini, tetamu jemputan dihidangkan dengan kumpulan qasidah.

Kumpulan ini mengalunkankan ayat-ayat kebesaran memuja Allah dan zikirullah serta mengisahkan riwayat Nabi Junjungan Muhammad saw.

Anggotanya terdiri dari semua peringkat umur. Mereka membuat persembahan dengan penuh semangat, macam melihat video klip padang pasir pulak. Ramai yang terpegun dan memuji tuan rumah kerana persembahan kumpulan itu.





menikmati daging lembu baru

Masih mengekalkan amalan gotong royong

Daripada Gombak, terus ke Kuala Selangor, rumah sepupu isteri. Kerana majlis walimatul urus anak perempuan beliau. Majlis nampak meriah, maklumlah baru pertama kali menerima menantu. Alhamdulillah, dapat berjumpa ramai saudara mara.

Majlis yang ketiga pula dekat dengan rumah mak mertua, di Kampung Kuantan. Disini ramai berjumpa dengan orang kampung pula. Masa inilah ada kesempatan untuk beramah mesra dengan mereka.

Hukum menghadiri undangan walimah

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Wassalam

31 comments:

  1. salam atuk.. minggu ni banyak kenduri yangperlu di hadiri..

    yang jauh-jauh tak sempat nak pergi sebab kerja..

    so saya kirim je apa yang patut.. hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Rozali

    Alhamdulillah, rezeki murah musim cuti sekoalah ni..
    meriah nampak kumpulam qasidah tuu

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam Ibu

    Alhamdulillah
    kirim tu tanda ingatan

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Ummiross

    dan juga kami tunggu sampai 4-5 persembahan

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk...

    itu kampong kuantan yg tempat kelip2 tue kan....skrg dah ada tesco kat kuala selangor huhuhhh

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum atuk...

    hebatnya atuk.. sehari dapat memenuhi beberapa jemputan

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Sahrom

    tepat sekali
    tapi saya belum lagi pergi lihat klip2 tu lagi

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ibuintan

    Alhamdulillah
    kebetulan jalan tak jem

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  9. Salam Amy sensei

    Syukur

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum atuk........ 3 in 1 yer

    ReplyDelete
  11. Assalammualikum rozali..

    cuti kali ni tak ada pulak jemputan org kawin tapi lepas cuti sekolah adalah pulak.

    bila check package yang kamu anjurkan tu lagi murah dari matta ..muga-muga tahun depan buatlah lagi. Kalau ada rezeki nak pergilah..insyallah

    ReplyDelete
  12. salam ..
    syukur budak2 kecik dah pandai mengalun irama ketuhanan :)

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Ibuguru

    he he
    minggu depan mukin 4 in 1...

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Kak Ina

    rilek sikit kannn

    package tu saya cuma iklan kan
    travel nya memuaskan kami dan
    membantu bumiputra

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ieda

    pelapis tu...

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  16. as;salammualaikum atuk..

    wah hebatnya atuk sehari dapat emmenuhi beberapa jemputan...amy pergi satu rumah dah tumbang macam mane nak pergi dua tiga rumah huhu...

    ReplyDelete
  17. salam atuk...

    hem dalam musim cuti sekolah ni makan nasi minyak jela kita nih...

    ReplyDelete
  18. jarang org buat camni biasa karaoke je kat umah kenduri..hehe

    ReplyDelete
  19. Salam,

    saya pun dah terasa penat ni..hehe esok nak drive ke kl pula

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Amy

    he he

    Alhamdulillah jln tak jem
    malamnya saya tergolek, penat..

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Sham

    berminyak minyak mulut
    he he

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  22. Salam Azhar

    leka saya hari tuuu
    dengar 3-4 lagu

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Iman

    kena minum 100 plus
    bagi tenaga semula...he he

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  24. esok lusa rumah jiran sebelah pulak....VVIP dijemput datang - maklumlah ada kait mengait sedara mara - sepupu sepapat....semua ada....undang - luak - CM - TYT semuanya dijemput!!! ( demam nasik minyak lagi)

    ReplyDelete
  25. ralat, acapkali x dpt hadir ke jemputan kenduri kawen rakan2 blogger di luar daerah capaian kewangan saya... :(

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Atuk,

    Alhamdulillah kerja2 suci murni semoga diberkati Allah..akak pun banyak wedding ni tiap2 weekend..rasa tak tercapai..cuba jugak..insyaallah..

    ReplyDelete
  27. Salam ckLah

    kalau macam tu berapa banyak VVVVVVIP
    makan dgn pengantin ler nampak nyer

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  28. Salam Mak Su

    Insyaallah
    lain kali ada rezeki le tu

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Kak Sidah

    mana yg termapu ajer ler

    sabtu ni 3 jemputan dlm taman saya shj

    terima kasih
    Wassaalam

    ReplyDelete
  30. seronok gotonng royong ramai2 ni. banyak dapat ilmu, lebih2 ilmu petua memasak dari yg pakar.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...