Tuesday, March 8, 2011

Membuat Kad Pengenalan Azim

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam selesai satu tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Ia itu membuat kad pengenalan untuk anak bongsu saya Abdul Azim, yang telah genap umurnya 12 tahun pada 04 Februari 2011 yang lepas, (n3 birthday disini)

Alhamdulillah, tidak ramai orang yang berusan, cuma perlu menunggu giliran yang kelima lagi sahaja. Dalam masa 45 minit telah selesai semua.

Mendapat layan yang mesra serta memuaskan daripada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Wangsa Maju
Insyaallah dalam masa 3 hingga 4 minggu akan siap kad pengenalan anak saya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.

  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).

  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :

  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.

  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.

  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

  1. Warganegara

    Jadual Pembayaran 1A

    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (WARGANEGARA)

    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.

    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN

    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)

    BAYARAN
    PROSES
    (RM)

    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)

    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI

    -
    -
    -
    -

    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN

    -

    10.00

    1.00

    11.00

    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN

    -

    10.00

    2.00

    12.00

    14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN

    -

    10.00

    4.00

    14.00

    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN

    -

    10.00

    6.00

    16.00

  2. Bukan Warganegara

    Jadual Pembayaran 1B

    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (BUKAN WARGANEGARA)

    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.

    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN

    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)

    BAYARAN
    PROSES
    (RM)

    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)

    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)

    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN

    40.00

    10.00

    1.00

    51.00

    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN

    40.00

    10.00

    2.00

    52.00

    14 THN 1 HARI HINGGA 15THN

    40.00

    10.00

    4.00

    54.00

    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN

    40.00

    10.00

    6.00

    56.00

Makluman: Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Maklumat daripada : http://www.jpn.gov.my/kad-pengenalan

LinkWassalam

29 comments:

  1. assalamualaikum abg : sekarang ni semua dah senang. perkhidmatan semakin cekap

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Rozali

    Tahniah JPN atas kecekapan,tahniah jugak Azim dah layak dapat Kad Pengenalan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk,

    Azim saya semasa membuat kad pengenalan pernah bertanya, 'dah ada ic ni, adik dah bujang ke abah'

    puas juga abahnya memberi penerangan

    tahniah buat Abdul azim

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Afeezz

    Alhamdulillah
    senang kita, tak perlu tunggu lama2

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Ummiross

    Syabas JPN
    tapi kad azim kita yg kena simpankan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Ibuintan

    nama anak kita sama yer

    anak saya pula dia tanya, nak buat apa kad ni...
    saya jawab, tandanya solat tak boleh tinggal sekarang niiii

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. sekarang dah cepat dan sennag tak macam dulu, apapun terkonang masa buat kad pengenalan 18 tahun yg lampau

    ReplyDelete
  8. Salam Iman

    dulu2 kena ambil gambar hitam putih kat kedai gambar dulu...punya le tebal minyak rambut...he he

    terima kasih
    wassalam

    ReplyDelete
  9. Assalammulaikom wtb tuan Haji Rozali. Khaifahaluka. Ana ziarah blog tuan sekejap ya...

    Tugas dan tanggujawab mesti dilaksankan dengan pwnuh amanah. Ana bongsu dah dewasa. Lega rasa seorg ayah. Tanggujawab seterusnya adalah mugkin lebih berat ya.

    JazakaAllah
    musafirislam@groups.facebook.com

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam MI

    terima kasih banyak2, selalu ziarah saya. saya selalu nak ziarah menggunakan mozilla firefox, tapi tak boleh...kadang2 menggunakan internet explorer baru boleh

    selalu berdoa agar tugas dan tanggungjawab sebagai bapa dipermudakan oleh Allah

    terima kasih
    Wassalam

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. waa ujung tahun ni upsrlah azim ye...belajor rajin2...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum atuk

    waktu saya nak buat kad pengenalan dulu, saya yg isi sendiri borang..arwah bapak tak pandai menulis... terkenang zaman dulu2...

    ReplyDelete
  13. lum lagi buat utk anak2 .. x sabar nie :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,

    ...pasni buatkan ic untuk cucula plak...

    ReplyDelete
  15. as'salammualaikum atuk..

    Sekarang ni dah mudah x macam dulu.. zaman dah canggih la katakan...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cik rozali,
    sekarang nak buat ic sangat cepat,
    masa time saya dulu nak pegi tangkap gambar kat kedai, isi borang sendiri, lepas setahun baru dapat..hehe

    ReplyDelete
  17. Salam Sham

    Insyaallah
    harap kawan2 tolong doakan untuk kecemerlangan azim

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Norh

    itu yg pelik2 nama mereka
    bunyi lain, kerani pendaftaran tu eja lain pulak

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Salam Ieda

    tak lama lagi tu
    pejam celik - pejam celik sampai ler masanya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    he he
    lambat lagi nampaknya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Amy

    memang betul
    dulu rasanya dekat nak setahun..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Azharr

    betul ler
    masa tu gambar hitam putih lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. salam..

    al fatihah buat allahyarham Nani. Kesian tenguk anak yang kecil tu. Apa daya kita hendak menolak qada dan qadar darinya.

    memang suka beli barang kat pc fair sebab murah.

    area kamu gi kat taman equine tu dkt dgn rumah akak..pernah tgk tapi tak perasankan benda ni..penglihatan kamu lagi tajam

    ReplyDelete
  24. Trm ksh, info yng lengkap tu..
    Saya thn lepas buat IC utk anak sulung..

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum...

    tahniah!! dia bakal mendapat lesen besar nnti heheheheh..semoga menjadi anak yang soleh yang berbakti utk agama...

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Kak Ina

    Allahyahamah dapat jaga anak yg kecil itu cuma 3-4 bln shj, yg lain dia keluar masuk hospital.

    kebetulan ajer tu akak

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Salam URY

    sedah menengah anak sulung yer
    tahniah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam Sahrom

    Amin amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Salam Tuan haji..
    Alhamdulillah semakin efisien..

    ALL IN ONE

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...