Monday, June 6, 2011

Masjid Muaz bin Jabal, Sana'a-Umrah 2011-8

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Lawatan kami yang terakhir di Sana'a, adalah ke Masjid Muaz bin Jabal

Terletak bersebelahan dengan Pasar Bab Al Yemen

Pintu masuk masjid

Dataran dalam masjid

Berbagai pengajian diadakan sebagai aktiviti masjid



Kedai di luar masjid

Pintu sebuah kedai memproses minyak wangi secara tradisional

Menggunakan tenaga unta untuk memusingkan alat pengisar


Muaz bin Jabal teruskan dakwah Islam ke Yaman

Yaman adalah antara wilayah tertua yang menyimpan pelbagai sejarah perkembangan tamadun manusia di Semenanjung Tanah Arab.

Kedudukannya di selatan semenanjung dan strategik dari sudut ekonomi sering menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman silam.

Ahli sejarah mencatatkan, Yaman pernah berada di bawah Empayar Uthmaniah sejak 1517. Malah, beberapa kerajaan silam pernah bertapak di situ seperti kerajaan Himyar, Saba’ dan Habsyah.

Berikutan lokasi dan muka bumi subur, Yaman juga dijajah British sekitar 1839 hingga 1967.

Tidak hairanlah, Yaman sering berdepan pelbagai krisis hingga mengakibatkan wilayah itu terbahagi kepada Yaman Utara dan Yaman Selatan.

Pernah pada suatu ketika, Yaman Selatan dipengaruhi fahaman komunis selepas tiga tahun penguasaan British. Berikutan itu, ratusan ribu umat Islam dari Selatan berhijrah ke Yaman Utara, sekali gus menyemarakkan lagi permusuhan antara Yaman Utara dan Selatan.

Krisis kedua-dua wilayah itu hanya berakhir pada 22 Mei 1990 apabila masing-masing bersetuju membentuk gagasan Yaman baru dan ia dikenali Republik Arab Yaman.

Antara wilayah yang sering menjadi rebutan di Yaman ialah Pelabuhan Aden. Ia disebabkan lokasinya yang strategik iaitu berhampiran Laut Merah.

Legenda tempatan menyatakan Aden diasaskan anak Nabi Adam, Habil dan Qabil. Justeru pada mereka, Aden antara kawasan penempatan terawal dihuni manusia.

Kini, pelabuhan Aden masih menjadi kawasan persinggahan kapal dagang antarabangsa terutama yang melintasi Terusan Suez dan Laut Merah.

Selain Aden, antara kawasan paling pesat membangun dan menjadi tumpuan ialah Sanaa.

Meskipun pesat dengan kegiatan ekonomi antarabangsa, namun kebanyakan penduduk Yaman masih terbabit dalam kegiatan pertanian dan penternakan sebagai mata pencarian utama.

Ia disebabkan muka bumi subur yang diwarisi sejak zaman lampau. Selain itu, kegiatan pelancongan menjana ekonomi Yaman disebabkan wujudnya pelbagai artifak bersejarah tersimpan di negara itu.

Jika Aden dikaitkan dengan anak Nabi Adam, Sanaa pula dikatakan dengan anak Nabi Nuh, Sam.

Tidak jauh dari Sanaa, kampung Taiz turut menyingkap sejarah tersendiri khususnya mengenai perjuangan sahabat terkemuka, Muaz bin Jabal.

Diriwayatkan, sebaik kedatangan Muaz ke Yaman, sebuah masjid siapa menjelang Jumaat pertama Rejab tahun kesembilan hijrah. Setibanya Muaz, penduduk terus mengerjakan solat Jumaat yang diimamkan Muaz.

Berikutan peristiwa itu, penduduk Yaman mengadakan perayaan memperingati kedatangan Muaz ke Yaman. Majlis itu disambut pada Jumaat pertama Rejab setiap tahun.

Kemeriahan sambutan itu bukan saja di Taiz, malah menyemarak ke Djanad. Buktinya, ribuan umat Islam seluruh Yaman datang berkampung di situ bagi sama-sama meraikannya.

Difahamkan, sambutan kehadiran Islam di Yaman lazim diadakan di Masjid al-Djanad. Mereka bersama-sama mengadakan pelbagai kegiatan seperti bacaan al-Quran.

Majlis pula dijalankan selama tiga hari tiga malam.

Bagi penduduk Yaman, perayaan ini disambut semata-mata sebagai tanda terima kasih kepada Muaz yang banyak berkorban membimbing mereka.

Diriwayatkan, pada tahun kesembilan hijrah selepas Rasulullah mengutus Abu Ubaidah al-Jarrah dan Ali bin Abi Talib untuk mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kemudian, ia diteruskan pula oleh Muaz. Ketika Muaz tiba di Djanad, beliau menyampaikan perutusan dakwah yang dikirimkan Rasulullah kepada ketua kabilah tempatan.

Seruan Islam sebenarnya sudah tersebar awal lagi iaitu tahun keenam hijrah apabila Rasulullah sendiri mengutus surat kepada ketua kabilah di Yaman.

Yaman pada masa itu dinaungi Kisra Parsi. Namun, selepas pembukaan Kota Makkah pada tahun kesembilan hijrah, pelbagai kabilah dari seluruh Semenanjung Tanah Arab menghantar perwakilan menemui nabi.

Antaranya rombongan 80 orang daripada beberapa Kabilah Yaman diketuai Asy'asy daripada Kabilah Kindah.

Islam kian bertambah kukuh di situ apabila Bazan, wakil Kisra Parsi turut memeluk Islam pada tahun 10 hijrah. Bagi memperingati sumbangan Muaz, Masjid Muaz bin Jabal di Djanad turut didirikan.

Muaz ialah orang paling alim mengenai al-Quran. Disebabkan kebolehan itu, beliau ditugaskan mengumpulkan al-Quran bersama lima sahabat lain.

http://sinar-inspirasi.blogspot.com/2008/02/muaz-bin-jabal-teruskan-dakwah-islam-ke.html

Wassalam

19 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk,

    perkongsian pengalaman yang menarik. terima kasih...

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. atuk cite lagi...nak dengar ....^_^...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam Safiudin

    Alhamdulillah
    sudi kongsi bersama

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Tun

    cerita ini supaya kak tun dapat pasang cita2 utk kesana
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam

    raja yemen dah kena bom..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Rozali;

    Seronoknya tengok aktiviti pengajian kat masjid tuu..

    ReplyDelete
  7. Salam Atukk,,,

    syabas atuk dh sampai ke sana...di mana tmpt sahabat nabi SAW berdakwah...Alhamdulillah

    insyaAllah, sya pun ada keinginan mau ke sana...

    sukran

    ReplyDelete
  8. salam tuan hj,

    subhanallah...semangat muaz bin jabbal bersamamu...teruskan duhai daei mnyelamatkan ummah adalah tnggungjawb bersama..

    Syukran ats perkongsian ini.

    ReplyDelete
  9. assalam bro rozali,

    wah.. masih menggunakan traditional way ye nak buat minyak wangi.

    teingin gak nak ke sana. INSYALLAH

    ReplyDelete
  10. Asslkm Atuk

    Wah detail sekali cerita tu, terimakasih.Nma Muaz, Sanaa sedap di dengar...
    Saya dah masukkan gambar, guna photobucket..lain tak boleh..tkasih.

    ReplyDelete
  11. sepanjang sy msk blog ini bnyk jg sy lihat pengembaraan tuan ke tanah arab..mudah2an sy dpt jg menjejaki kaki ke sana nanti..insya Allah..

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    mereka menegakkan sunah Nabi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Taj

    lama tak dengar berita..

    saya doakan agar taj sampai kesana suatu hari nanti
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Ain

    negara mereka mundur dlm pemodenan, tapi maju dlm menyemarakkan Islam

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Yan

    mereka disana kebanyakan kerja masih dijalankan secara tradisional..

    Insyaallah
    saya doakan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Mama Ju

    memang pentingnya nama nama itu

    Alhamdulillah
    semoga terus berjaya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam PI

    Salam Ukhwah
    salam perkenalan

    terima kasih sudi datang menziarah PHD

    saya doakan agar tuan akan kesana jua nanti
    Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Imanshah

    saya belum tahu perkembangannya lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Wah sukanya amy , bila baca pengalaman atuk buat amy lagi rasa x sabar nak ke sana.Hope one day amy pasti akan menjejakkan kaki di sana.

    Alhamdulillah syukur , kita hanya merancang allah yang menentukan

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...