Monday, October 10, 2011

Cara Membantu Mereka Yang Sudah Meninggal-Umrah 2011-27

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Boleh dikatakan setiap selepas solat lima waktu di Masjid Haram, kita akan mengerjakan solat jenazah. Ini panorama yang sempat saya rakam semasa mengerjakan umrah pada bulan Mei yang lalu.


Di depan Dataran Masjidil Haram



Jenazah dibawa ke dalam masjid



Kawasan jenazah disolatkan





selepas solat, jenazah dibawa keluar




Dihadapan bangunan ini (mukin bilik Imam/Bilal) jezah diletakan


Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.


Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.
(Al-Hasyr ayat 10)

Di samping itu, anjuran solat jenazah merupakan satu bukti kukuh. Ini kerana intipati bacaan di dalam solat itu sendiri merupakan satu doa buat si mati. Dan tidak dinafikan, solat jenazah adalah amalan Nabi saw dan banyak hadis-hadis shahih menceritakan mengenainya.


Kedua: Membayar hutang puasa si mati.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqadha puasanya itu?"
Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


Ketiga: doa anak yang soleh/solehah,

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti: Mewaqafkan sebuah kebun,mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah, rumah waqaf, hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.


Keempat: melangsaikan hutang harta si mati

Orang ramai boleh juga membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut.

Di dalam satu hadis sahih yang bermaksud:

Berkata Jabir bin Abdullah rh: Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makm Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah saw. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya. Lalu baginda pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang. Lalu kami jawab, Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar. Rasulullah saw berundur dan bersabda, kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini. Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, Mula sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu? Jawab Abu Qatadah, Benar, ya Rasulullah. Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Nabi saw melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah saw bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam? Abu Qatadah menjawab, Wahai Rasulullah, bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam. Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu? Jawab Abu Qatadah, telah aku lunasi hutang itu. Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai.


Kelima: Amalan baik anak sendiri

Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar!

Sahih Muslim


Kesimpulan

Inilah cara-cara membantu orang yang telah mati secara ringkas. Tidaklah saya nukilkan kesemua dalil dari Al-Quran dan Hadis kerana tujuan sebenar saya masukkan artikel ini di dalam diskusi Isu Talkin ini adalah agar kita tahu apakah amalan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis Sahih semata-mata.

rujukan: disini


Wassalam

26 comments:

  1. tkasih tuk
    berkongsi suasana sembahyang jenazah disana ..
    hati tidak lagi tertanya2 .. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atok
    banyak cara cara yang boleh kita bantu kan?
    memberi kemaafan pada arwah pun salah satu cara yang sangat mudah.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn Hj,

    Sebagai anak-anak soleh kita perlu sentiasa berdoa untuk aruah kedua ibu-bapa kita dan juga melunaskan apa-apa yang belum dijelaskan.....

    Gambar-gambar di blog Tn Hj mengingatkan kembali kenangan melakukan solat jenazah di Musim haji 1431 di salah waktu yang mana melebihi 12 jenazah.....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk..

    trime kasih atas peringatan ini..ia sangat bermnafaat...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk,

    Terima kasih atas info yang diberikan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum 'Atuk';
    Teringat semasa di Masjidil Haram, menjadi fenomena biasa melihat jenazah diangkat,setiap hari, sungguh menginsafkan kan Atuk...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk,
    semoga kita mejadi anak yg sentiasa mendoakan utk kedua ibubapa kita.

    trima kasih diatas ilmu yg brguna ini.

    ReplyDelete
  9. beruntung bagi mereka yg jenazahnya di sembahyangkan di Masjidilharam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Pak Itam

    Insyaallah
    terutama utk kedua ibu bapa kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Ieda

    boleh daftar haji sekarang...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Kasihibu

    itu salah satunya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Tn Hj Pesona

    salah satu kita membalas jasa kedua ibu bapa kita

    kita berdoa agar dapat menjadi tetamuNya lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Sahrom

    sama2 kita menafaatkannya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum Hj Rozali
    Sebagai anak eloklah kita mendoakan dan menghadiahkan Fatihah kepada kedua ibubapa setiap selepas solat, juga kepada kaum muslimin dan muslimat.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Safiudin

    Insyaallah
    sama2 kita amalkan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Ummiross

    terasa insaf ...
    kita tahu asal usul kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Zue

    supaya anak2 kita mendoakan kita pula

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Salam KAMATO

    disolatkan beribu2 jemaah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Tn Hj MSH

    Insyaallah..
    nanti anak2 kita akan bersedekah kpd kita pula

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. smoga sgla bntuk bantuan yg kita hulurkn diberi dalam keadaan ikhlas dan diterima Allah insyaAllah :D

    ReplyDelete
  22. Salam Saiazuan

    Insyaallah
    dengan keikhlasan kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Atuk

    Terima kasih atas N3 yang menginsafkan insyaallah akan diambil ingatan /tindakan

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Ustazah Supiah

    Alhamdulillah

    salam ukhwah

    terima kasih
    Wassalama

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...