Tuesday, January 17, 2012

Mengisi Borang Pindah Milik Taman Bukit Angkasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebagai hadiah perkahwinan, Allahyarham bapa mertua menghadiahkan sebuah rumah setinggan kepada kami berdua diawal tahun 80an. Nama gelemer yang biasa orang sebut ialah Setingarden Kampung Kerinci

Kami lalui pahitnya hidup di kawasan setingan
Kami harunggi kepayahan dalam suasana setingan
Di sini juga tempat kelahiran Abang Long dan Kak Ngah

Entah beberapa kali bancian dilakukan untuk menukar kawasan setinggan kepada kawasan penempatan yang tersusun. Hinggalah pada tahun 1988, satu perjanjian jualbeli rumah pangsa kos rendah dimeteri.

Selepas itu berbagai usaha dilakukan oleh persatuan penduduk untuk menukar status hak milik pemaju kepada pemilik rumah masing masing.

Sehinggalah pada 14 Januari 2012, satu majlis Sesi Penyempurnaan Borang Pindah Milik, yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Almaklum PRU13 sudah hampir.





Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 27-28 yang bermaksud :

' wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu terlebih dahulu meminta izinnya dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu), maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa yang berhak memberi kebenaran maka janganlah kamu masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi keizinannya dan jika dikatakan kepada kamu, pulanglah maka hendaklah kamu berundur balik, cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan ingatlah Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan '


WASSALAM


27 comments:

  1. Dah lama saya tak ke Kg Kerinchi...dulu saya pernah tinggal di kawasan situ, di Pantai Panorama Condo...makan kat area Kg Kerinci best, murah2

    ReplyDelete
  2. Akhirnya kan Atuk.. Alhamdulillah!!!

    Kakya suka pegi sane time ramadhan, juadah berbuka puasa pelbagai.. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk : sekarang kawasan tu dah ada nama yg lebih glemer... Bangsar South City

    ReplyDelete
  4. Salam cik rozali

    Alhamdulillah, syukur dengan apa yang kita miliki hari ini...semua tu telah di atur olehNya...apa jua pekerjaan niatkan ikhlas hanya kerana Allah, insyallah semuanya baik. Begitu jugalah jika sebaliknya..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk..

    Alhamdulillah,setiap,pahit ada manisnya. Tahniah dan semoga urusan Atuk seterusnya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk


    Tahniah ,bertambah lagi harta Atuk.Masa dikolej dulu saya pernah tinggal di Flat Kg Kerinci.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Daddy Ziyyad

    student UM ke dulu

    terima kasih

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Dato' LF

    Alhamdulillah

    terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam DO

    Alhamdulillah

    macam pesta bila bln Ramadhan

    terima kasih

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Afeezz

    sebelah rumah ajer...tapi dia orang mewah punyaer...

    terima kasih

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Shami

    Alhamdulillah
    Insyaallah dipermudahkan nanti

    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    Alhamdulillah

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Mak Wan

    dah biasa kat siti yer...

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Atok,

    baru tahu cerita ..syukur alhamdulillah pcl tumpang gembira.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Syukur Alhamdulillah. Tapi al-maklumlah. Dah dkt 30 tahun baru terhegeh2 nak tukaw?

    ReplyDelete
  16. lama nya urusan tu..kenapa lama sangat??aduhai...

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam PCL

    Alhamdulillah
    Alkisahnya begitu laaa...

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Hjh Yong

    mukim kawasan ni kawasan bawahan ajer ...

    terima kasih

    ReplyDelete
  19. Salam Diana

    bagitu la...
    rakyat dipandang 5 tahun sekali

    terima kasih

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah Tuan Haji.. Rezeki..

    ReplyDelete
  21. Salam Nur

    itu baru isi borang ajer..
    belum tentu bila lagi dapat hak milik

    terima kasih

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. :)

    smg Allah permudahkan urusan atuk..

    ReplyDelete
  23. Salam THR

    Depa hilang address tu. Setelah 30 tahun baru jumpa balik. Hehe

    ReplyDelete
  24. Salam Lady

    Insyaallah

    terima kasih

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam THMSH

    he he

    5 tahun sekali depa nampak kita

    teima kasih

    ReplyDelete
  26. Lama tu menunggu. Alhamdulillah akhirnya selesai..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...