Tuesday, October 30, 2012

STP Qurban 1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur Ibadat Qurban di STP berjalan lancar.


Tahun ini cuma 10 ekor lembu sahaja untuk di Qurbankan...Alhamdulillah

Seperti biasa, kami memohon bantuan dan kerjasama daripada pihak Bomba untuk melicinkan acara dan memeriahkan suasana.

Menggunakan lori untuk menumbangkan lembu

Takbir sambil menyembelih

Khidmat Bomba






Menggunakan mesin pemotong untuk memotong tulang

Bahagian dapur sebuk menyediakan masakan

Bahagian menimbang dan agihan



Bahagian memproses bahagian perut

Ini untuk saya....ha ha

Sebelum Solat Zohor sudah sedia mengagihkan daging...Alhamdulillah


Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNya.

Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya’ adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda Baginda:

“Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing”

(Hadis riwayat Muslim)



WASSALAM

5 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk

    katanya hanya 10 ekor......bagi saya banyak tu...jenoh jugak nak mengagihkannya...alhamdulillah semua dah selamat...termasuklah sup panasnya pun.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk

    kepala lembu tu buat aper?

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera Atuk

    Hebatnya , mana ada surau lain pakai khidmat bomba? memang canggihlah. lagi pun memudahkan kerjakan?
    yalah kepala masak apa?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...