Monday, January 14, 2013

Sukarelawan - Ceramah Maulidur Rasul

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam semalam menjadi sukarelawan pada Majlis Ceramah Maulidur Rasul di Padang MPAJ AU 2, Taman Keramat. Anjuran Surau Ittifaq dan Ahli Majlis MPAJ Zon 1.

Penceramah jemputannya ialah Ustaz Azhar Idrus


 Mendengar taklimat

 Petugas dan orang ramai Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di dewan dan ada yang solat di padang bola.

 Padang bola AU 2 dipenuhi dengan orang ramai





Rasulullah SAW bersabda; 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat).

Allah SWT. Berfirman kepada mereka, 

"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

HADIS Riwayat At-Termizi 



WASSALAM

13 comments:

  1. Salam Atuk, kalau UAI bg ceramah memang ramai anak2 muda yg suka datang penuhi kawasan..insyaAllah dapat kerahmatan olehNYA.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk;

    Tentu ramai yang hadir tu Atuk. Best juga ada pengalaman jadi sukarelawan ni kan Atuk. Semoga semua usaha diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bila org ramai macam nie
    biasanya kalau UIA nie memang akan ramai org ! ... fenomena nie atuk ;)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ...
    Dekat aje ngan area rumah Eazy :)

    ReplyDelete
  5. sejuk hati nengok majlis ilmu ramai orang~~

    ReplyDelete
  6. kalaulah dee ada transport..insyaallah dee akan hadir ke majlis2 sebegini :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ATUK..
    alhamdulillah..besar pahala jadi sukarelawan..tambahan pula sukarelawan utk ceramah agama..:)

    ReplyDelete
  8. Teringin sangat nak hadiri ceramah Uai

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...ramai anak2 muda yg hadir ke majlis2 ilmu mcm tu

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi hadir di ceramah UAI...teringin juga...pasti banyak ilmu baru boleh dapat...

    ReplyDelete
  11. cousin dkna pon pergi gak dengar ceramah ni

    ReplyDelete
  12. subhanallah,,makin ramai anak muda yg cintakan ilmu

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...