Tuesday, March 19, 2013

Rebana Perak

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sekarang ni majlis walimah diadakan tidak lagi semestinya menunggu musim cuti sekolah. Kali ini  menghadiri majlis walimah anak sepupu saya, di Taman Tun Dr Ismail.

Kelainan yang terdapat pada majlis ini adalah persembahan "Kumpulan Rebana Perak". Ianya mengingatkan kembali di zaman remaja "saya" semasa berada di kampung. Di malam majlis sesuatu perkahwinan, permainan rebana ini biasanya akan belarutan hingga pukul 2-3 pagi.





Untuk cerita lebih lanjut mengenai rebana ini, sila layari ke



Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." 

(Hadis riwayat at-Tirmizi).



WASSALAM

28 comments:

  1. assalamualaikum

    skrg ni, susah nak jumpe majlis kawen yg ade unsur2 tradisional mcm ni. mostly nak wat karaoke jer.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Afeezz

      Afeezz nanti boleh panggil tarian kuda kepang...

      Delete
  2. As salam Atuk,

    Dulu Marya ada kawan yg majlis perkahwinannya ada grup rebana mcm ni... Terasa spt dimajlis raja2 pulak! Nasib baik dah kawin kalau tak teringin juga...hehehe... Semoga atuk & keluarga ceria dan dirahmati Allah selalu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Marya

      kita buat untuk anak2 pulak...

      Atas ingatan Marya, kami sihat...Alhamdulillah

      Delete
  3. Salam...

    Kalau kita sesekali menghadiri sesuatu majlis yang masih mengekalkan adat tradisional terasa mengimbau kembali zaman kana-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Aina

      saya siap temuramah mereka tu..

      Delete
  4. sekarang ni kenduri kawin ada dj, karaoke, bukan best pun.. :(

    ReplyDelete
  5. assalam, betul tu afeezz...sebenarnya sekali2 seronok dengar irama ni..yang mahal tu tepukan rebana tu...jarang jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Bunda

      seronok tengok mereka main.

      Delete
  6. salam atuk.. atuk sihat? Sorry suya lama tak komen2 di sini.. suya jarang berkeliaran di dunia maya sekarang ni.. Apa-apa pun, insyaAllah Suya akan baca dan baca bila ada kesempatan.. Salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Suya

      tak pa....ada masa kita sama2 berkeliaran di maya...he he

      Delete
  7. Salam atuk..

    Unik tu...dan khazanah tradisional kita....harap harapnya ada anak muda yg akan sambung main..sebab tgk pemain rebana tu rata ratanya golongan veteran aja..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam DZ

      saya temuramah mereka
      memang tak ada pelapis mereka2 tu..

      Delete
  8. Salam atuk.
    TPT SAya hanya ada kompang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama

      kompang popular sekarang ni...

      Delete
  9. Salam Atuk,..rebana ubi sama ke dgn rebana Perak nih..? serius tak tau langsung alat muzik tradisional nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam PCL

      rebana ubi ...besar
      rebana Perak ni kecil sikit drp kompang
      bunyinya nyaring..boleh dengar agak jauh juga

      Delete
  10. Assalamualaikum....kampong teman dah tak mandang orang main rebana bila ada majlis kawin....bila di kl ada pulak kumpulan yg main rebana dari kg medan.

    ReplyDelete
  11. masa kecik2 dulu memang kat kampung saya kalau ada orang kawen mesti ada kumpulan rebana..tapi budak2 muda..bukan orang2 tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ateee...mike orang perak juge ke....he he

      Delete
  12. assalamualaikum atuk...bestnya ada majlis yg mcm ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama

      lama saya mengadap mereka main tu hari...

      Delete
  13. Assalamualaikum. Kenduri kahwin kalau buat time cuti sekolah, mesti ada yang bertembung. Elok rasanya dibuat luar daripada waktu cuti persekolahan.

    ReplyDelete
  14. bestnya...kalau dee pandai main rebana mesti lagi best...

    ReplyDelete
  15. As salam atuk..

    jarang dah nak jumpa kenduri kawin begini.
    rindu pulak zama2 dulu2..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...