Sunday, August 25, 2013

Aktiviti Mengemas Rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas cuti raya tu hari tambah lagi dengan 2 hari cuti rehat. Tujuan untuk mengemas rumah, maklumlah sebulan dalam bulan puasa tidak mengemas, letih dan tak larat...he he

Antaranya memasang besi langsir


 Menukar mangkuk tandas


Menukar besin cuci tangan
Buat sendiri nak jimat....he he


Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:

“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”

(Hadits Riwayat Imam Ahmad)


Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:

“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." 
Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: 
"Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.

Sumber: daripada sini


WASSALAM

12 comments:

  1. fuhh.. rajin atok kita.. masih larat lg tu, drill wall.. puasa sunat masih dlm proses lg ni..

    ReplyDelete
  2. Kagumnya... Sebab Atuk tahu buat sendiri :)
    Btw Suya dah beraya 6 dah..Hehehe pasni pulun sunat isnin khamis la bila mampu. InsyaAllah kan atuk kannn :)

    ReplyDelete
  3. Amboi... ni memang betui-betui bertukang ni... gambaq2 ni boleh guna buat promosi part time... he he..

    Tapi salute la kat APhd... pakchaq setakat pasang railing, gantung gambaq boleh la..

    ReplyDelete
  4. tu dia aihhh...jeans pun rabak jadinya dek bertukang hehe...
    rasanya esok baru saya boleh betul2 mengemas rumah dan betul2 berehat...lps balik dari kg 11 hb...sambung puasa dan kehadiran kawan2 anak2 dan suami...letih teramat..

    ReplyDelete
  5. Salam
    Wah kerja berat tu, buat sendiri! tabik!

    ReplyDelete
  6. Salam
    Wah kerja berat tu, buat sendiri! tabik!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk

    pas pencen nnt bole amik upah jadi handyman

    ReplyDelete
  8. salam atuk
    wah nanti nak renovate umah leh aaa panggil kamu :)

    ReplyDelete
  9. wahh dasat tuk ! wat sendiri ...

    same cam hubby saya lah , semua wat sendiri .. jimat katanya .. cuma penat badan lah kan ;)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum atuk..

    lebih jimat kalau buat sendiri walau penat tapi berbaloi2

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...